CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, January 10, 2012

Amanah Baru...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Allahuakbar....sekali lagi saya biarkan 'rumah' saya nie bersawang...sebulan tak menjenguk keadaan 'rumah' nie...

Bukan tak nak menjenguk langsung...tapi jujur saya katakan,masa saya terlalu padat..mungkin salah saya juga sebab tak pandai nak bahagikan masa dengan sebaiknya...huhu


Tahun 1433 H nie memberi seribu makna pada saya...sejak dari mulanya menjejaki tahun 1433H sehinggalah ke hari ini merupakan hari ke-17 dalam bulan kedua untuk tahun hijrah ini..

Bermula dengan penghijrahan yang dilakukan ke atas diri sehinggalah kepada amanah yang diberi..

"Kenapa pakai p**d**??"

Ramai dan memang agak ramai yang bertanyakan soalan ini..sehinggakan saya dah boleh hafal dan sebelum mereka sempat tanya lagi saya dah tahu apa soalan yang ingin ditanya...huhu

Kadang-kadang ada jugak timbul perasaan geram..yelah...kenapa mesti tanya sebab itu adalah hak individu..terpulanglah pada saya nak pakai ker...tak nak pakai ker...bukannya saya buka aurat...

Tapi cepat2 saya pujuk hati...biarlah mereka bertanya kerana lebih baik mereka bertanya daripada mereka menuduh/mencaci/menghina/mengutuk dengan melulu kan...sekurang-kurangnya mereka masih lagi mengambil berat akan diri ini...

Dan untuk soalan seperti di atas...hanya satu jawapan saya...

"Tiada siapa yang menyuruh dan memaksa saya...tapi Allah yang telah menggerakkan hati saya..jika kalian ingin tahu jawapannya..bertanyalah kepada Allah kenapa DIA menggerakkan hati saya...kerana saya tiada jawapan spesifik yang dapat diberi...dan saya tahu apapun jawapan saya...pasti akan ada yang persoalkannya..."

Biarlah apa orang nak kata..insyaAllah saya akan cuba untuk bertahan semampu yang boleh..apa yang penting bagi saya adalah keluarga..Alhamdulillah keluarga seakan2 boleh menerima perubahan saya ini..terima kasih Allah...terima kasih keluarga ku yang tercinta.i love u all so much..more then u all know(skipping pulekkk)..

AMANAH...bagi sesiapa yang mengerti mengenai apa itu amanah...pasti akan merasa berat untuk menggalasnya.memang tidak dinafikan bahawa amanah merupakan satu jalan untuk mendapatkan pahala dengan banyak..itu jika amanah itu ditunaikan dengan sebaik-baiknya.tapi, jangan kita lupa..amanah itu juga merupakan satu jalan yang boleh mencampakkan kita ke neraka dengan mudah andai ia tidak dilaksanakan dengan penuh dedikasi.

Masih saya ingat kata-kata seorang kakak yang bertanggungjawab membimbingku selama ini..
"Memikul amanah itu ibarat meletakkan kaki kita sebelah di neraka dan sebelah disyurga.andai amanah itu ditunaikan dengan sebaiknya,ke syurgalah kita.namun andai amanah itu diabaikan,maka ke nerakalah kita."

Pada saat diri ini diberitakan mengenai kemenangan yang berpihak kepada saya dalam pilihanraya kampus...saya terkaku.terkedu.tiada kata yang mampu dilafazkan.hanya air mata menjadi peneman pada malam itu.

Terima kasih kepada teman2 yang banyak memberi kata semangat dan nasihat..(agak malu sebab menangis-nangis dalam telefon..hehe)

Dan sehingga ke saat ini...diri ini seakan2 masih belum boleh menerima lagi keadaan ini...

Mungkin masih memerlukan lagi masa untuk menyesuaikan diri...

Saya juga masih dalam proses untuk membahagikan masa dengan sebaik2nya.kerana rutin saya kini telah bertukar dengan serta merta.

Tugas2 seorang setiausaha bukanlah mudah..namun bukanlah terlalu susah..

Untuk semester ini, saya juga harus menyiapkan sebuah skrip drama TV dan sebuah novel. juga bukanlah terlalu senang...namun bukan juga terlalu sukar.

Hanya saya minta pada Ya Wahhab,Maha Pemberi Kurnia agar mengurniakan saya kelapangan waktu untuk menjalankan amanah sebagai seorang penuntut ilmu disamping menjalankan amanah sebagai seorang pemimpin.Amin Ya Rabb...


Ini antara calon2 dari Jabatan saya yang bertanding...







Tetapi masih ada 2 orang lagi calon dari Jabatan kami yang bertanding..namun saya tiada poster soft copy mereka...

Di post yang lain saya akan upload gambar2 barisan MPP yang berjaya...

Wallahu'alam...

Sunday, December 4, 2011

Keluar Jalan-jalan...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Penat yang teramat2 hari nie...bukan penat wat keje berat pun...tapi penat sebab terlalu banyak berjalan2...hehe

Hari nie alhamdulillah Allah memberi kelapangan untuk saya dan sahabat2 keluar berjalan2 sambil membeli barang2 keperluan diri dan bilik...

Keluar pukul 11:++ pagi dan balik dalam jam 5:++ petang..memang sakan berjalan...sebab tu lah kaki nie rase lenguh yang teramat2 sangat...hehe

Mula2 kami ke KP...kerana ada sahabat yang ingin cari barang di sana...dah alang2 nak masuk waktu makan tengah hari...terpaksalah kami cari tempat untuk mengisi perut kami yang sememangnya dari pagi lagi tak diisi...cari punya cari...tak ade kedai makan yang menarik perhatian..memandangkan food court di KP masih ditutup...dan kami pulak tak berapa fasih tempat makan yang sedap di sekitar KP...

Bincang punya bincang...timbang punya timbang...jadi kami terpaksalah memilih satu tempat makan di KP..kalau boleh kami sebenarnya nak elak makan di tempat nie...tapi keadaan 'memaksa'...(memaksa ker???hehe)

Tengoklah sendiri kami makan kat mane...jangan maraahhh^___^







Haaa...kat kedai ayam Pak Cik Putih nie lahhh....ermmm...jangan marah yea...kami tak der pilihan lain dah...kat sini jer rasanye yang sesuai...huhu

Ok lah...habis bab makan...lepas selesai makan, kami tunaikan kewajipan dulu dan barulah meneruskan perjalanan ke mydin dengan berjalan kaki...mula2 ingatkan jauh sangat2...tapi tak de lah jauh sangat pun...mungkin dalam 10 minit berjalan...sebelum sampai mydin singgah dulu kedai lain(lupa nama kedai)....borong kat situ sikit...barulah masuk mydin...

Kat dalam mydin tu kami memang pusing sampai rase macam nak tercabut kaki...barang tak payah cakap lah...memang agak banyak...lepas habis mebeli dan membelah di mydin barulah kami balik...

Sampai di kolej...sememangnya abang saya sedang menunggu bersama dengan isteri dan anak2nya...mereka dalam perjalanan pulang ke kampung kakak ipar di dungun...tapi singgah sebentar di kolej untuk menghantar barang kepada saya...pada mulanya agak berdebar2 untuk berjumpa dengan mereka pada kali pertama dalam keadaan saya yang berbeza...

Tapi alhamdulillah syukur pada Allah...segalanya tidak seperti yang saya sangka...Allah telah banyak mempermudahkan urusan saya dalam "hal ini"...Alhamdulillah...

Semoga ini akan menjadi salah satu pemangkin semangat saya untuk terus "istiqamah"...amin ya Rabb...

Saya sayang keluarga saya...

Dengan Allah,kepada Allah dan bersama Allah

*sangat2 penat...mau tido awal malam ini...
*kalau lah ada orang urut2 kaki nie...alangkah indahnya...hehe..

Friday, December 2, 2011

Hmmm....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hmmmm...

La tahzan inallahama'ana...

ya Allah...
aku memohon kepadaMU dengan semua nama yang Engkau miliki dan Engkau namakan diriMU dengannya...jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya didadaku serta penghilang kesedihan dan kegelisahanku..



Dengan Allah,kepada Allah dan bersama Allah

Thursday, December 1, 2011

Result...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hari nie mengupdate blog dari bumi Darul Makmur...Alhamdulillah sampai di sini maghrib semalam dan kira punya kira dah masuk sehari lebih lah kat sini ^___^

Semalam berpenat lelah untuk mengemas barang2 yang tersangatlah banyak itu,sampai terjatuh segala bagai lagi...punyalah bersemangat nak kemas tu...huhu..

Tapi masih ada satu beg besar yang dipenuhi dengan buku2 masih tersusun rapi di hadapan bilik menunggu giliran untuk dibuka dan disusun buku2 itu...hehe..sabar ye wahai beg ku yang comey dan buku2 kesayanganku...giliran anda akan tiba jua...harap bersabar menunggu giliran anda...ngeee...agak kepenatan nak kemas hari nie...tak pe lah masih ada 3 hari lagi masa free sementara nak tunggu class mula...jadi masa banyak lagi...hehe(tak abes2 ngan keje bertangguh)

Itu bab kemas mengemas...nie pulak bab laen...hari nie sebenarnye pelbagai perasaan yang datang dan pergi dalam diri nie...berdebor,takut,agak2 sedih,gembira,kecewa dan macam2 lagilah...

Pagi tadi lebih kurang dalam pukul 9 lebih, dalam keadaan yang agak2 tak rajin(tak leh sebut malas sebab tu perkataan negative.tak elok untuk memotivasikan diri..hehe), saya pun bersama2 dengan sahabat melangkah ke unit kewangan untuk bayar yuran pendaftaran...barisannya memang agak panjang untuk beratur dan agak lama duk kat situ...naik jenuh jugak lah...
comey jer kucing2 nie beratur
(sekadar gambar hiasan)
^___________^

Lepas settle pendaftaran, dengan hati yang agak2 berdebar melangkah lah pulak menuju ke dewan untuk ambil result...walaupun dah taw result tapi still rase berdebar sebab selagi tak de bukti kat tangan, selagi tu tak akan rase selesa..

Berhadapan dengan ustazah...dan ustazah bagitau result...ALHAMDULILLAH...sujud syukur kepadaNYA...memang tak jangka dengan apa yang diperolehi...Allah masih memberi peluang untuk saya merasainya sekali lagi...betapa Allah sangat menyayangi diri ini walhal saya rasa saya tak layak untuk dapat semua nie...tapi Allah Maha Mengetahui mana yang lebih terbaik untuk hambaNYA...
Kecemerlangan bukan hanya sekadar kejayaan semata-mata..tetapi kecemerlangan ini disertakan dengan ujian..menguji diri kita adakah akan menjadi seorang yang mendabik dada,bongkak,sombong atau apa2 saja yang seangkatan dengannya...

Sama ada cemerlang atau tidak, kedua-duanya tetap ujian..namun dalam bentuk yang berbeza dan berlainan cara untuk menghadapinya...

Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi kerana Allah sebenarnya sedang menguji kita...jatuh bangun adalah adat dalam menuntut ilmu...ambil iktibar dan terus memandang kehadapan..jadikan hari semalam sebagai pengajaran buat diri dan dimasa akan datang, tingkatkan usaha berlipat2 kali ganda...

Buat sahabat2 yang merasa kecewa dan berputus asa dengan keputusan yang diperolehi, ingatlah bahawa kalian adalah insan terpilih yang sedang diuji oleh Allah...jangan mudah mengaku kalah kerana masih ada peluang untuk kalian memperbaikinya..kejayaan yang datang setelah melalui keperitan,kepayahan dan kesedihan amatlah manis dan lebih berharga berbanding kejayaan yang datang tanpa merasai itu semua...

Dan buat sahabat2 yang berjaya memperolehi kecemerlangan, tahniah dan takziah..jangan pernah berasa selesa dengan apa yang dikecapi sekarang..ayuh berusaha lagi untuk mengekalkannya dan mempertingkatkan usaha untuk mendapatkan yang lebih baik...
Terima kasih buat ayah terchenta,adik beradik,sahabat2 dan tak lupa teman yang terus berdoa dan membakar semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih...

Keputusan ini hadiah buat kalian...namun harus saya memohon maaf kerana agak menurun walau sedikit...biiznillah akan cuba yang terbaik pada masa akan datang..

Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah

Tuesday, November 29, 2011

Kemas barang...




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Wahhh...agak terkenzut diri ini bila tengok jam dah pukul 5.15 am!! mata seakan2 mula diminta berehat dah nie...tapi memandangkan lagi beberapa minit azan subuh akan berkumandang(skema punya ayat) maka tak jadilah nak tido takot nanti subuh plak yang terbabas...kan naya..

Jadi...untuk tunggu azan...maka terasalah seperti ingin menekan2 keyboard nie dengan bersungguh2...hehe...

Agak kepenatan sebenarnya malam nie...mana taknya...siang tadi keluar dating with my pretty sis,PUAN Gee(kena mantion besar2 skit puan tu..hehe)...tujuan keluar tu untuk beli sedikit barang2 keperluan saya...saya kan dah nak balik...huhu

Pagi esok nak balik tapi jam 12tgh malam pun masih belum ada 1 barang yang saya kemas...hebat tak...huhu..

Sebenarnya saya langsuung tak de semangat nak kemas...sebab tak terasa nak balik...rase malas sangat2 nak balik ke kolej...tapi nak buat macam mana, hidup perlu diteruskan...jam 1 pagi baru mula mengemas...dan natijahnya...pukul 5 lebih baru siap dan memang tak tido malam nie...mata pun dah start gatal yang tramat sangat...(padan muka)

Kemas punya kemas...akhirnya siaaaappp.....

kotak dibelakang sila abaikan..tiada kena mengena


Waaahhh..agak banyak barang2 saya...macam nak angkut 1 rumah jer...hehe..tu pun masih ada lagi barang2 yang berbaki...tapi hanya yang kecik2 je lah...hehe

Daann yang paling best adalah kek coklat yang dibuat tadi sudah boleh dimakan...suke3..

Tarraaaa................

Fresh dari peti...hehe

Pagi esok sebelum bertolak hanya potong kecik2 simpan dalam bekas...dah boleh bawak balik...hehe..

Ok lah...Allah dah panggil dah...jadi saya nak jawab panggilan Allah dan tak mahu terlewat berjumpa denganNYA...

Semoga perjalanan esok selamat pergi dan selamat kembali...dan semoga dipermudahkan urusan...amin ya Rabb...

Dengan Allah,kepada Allah dan bersama Allah

Monday, November 28, 2011

Buat Dirimu Bakal Suamiku...


Andai aku adalah tulang rusuk mu yang telah hilang...
Aku berharap...
Jika nanti Allah mempertemukan kita...
Kau akan selalu membimbingku agar aku menjadi muslimah solehah...
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu disyurga...
Kerana aku ingin tetap bersamamu hingga ke syurga...

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anak-anak ku...
Aku berharap...
Kau akan membentuk mereka dengan akhlak Rasulullah...
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat...
Yang bisa menjadi penegak panji-panji Islam...

Andai kau ditakdirkan untuk ku...
Aku berharap...
Agar kau bisa menjadi imam buat aku dan anak-anak kita...
Kau bisa menjadi pemimpin yang adil dan soleh dalam bahtera kita..

Andai kau ditakdirkan menjadi pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah...
Aku berharap..
Kau bisa mencintaiku apa adanya...
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan...

Dan andai aku salah...
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan...
Agar kesalahan menjadi pelajaran yang manis buatku...

Andai aku marah...
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu...
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan...

Andai aku lupa...
Ingatkanlah aku dengan penuh kecintaan...
Agar nanti kau tetap menjadi suri teladan untuk aku dan anak-anak kita...

Kerana........

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam mahligaiku...
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNYA...
Jalan menuju syurgaNYA bersama dirimu...

.:: Aku ingin berpimpin tangan bersama mu menuju syurga yang abadi ::.

Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah

Sunday, November 27, 2011

Candid Time Contest ^___^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Jom join contest...hehe...buat pertama kalinya saya join contest blog..saje2 untuk hilang kang kebosanang yang tengah melanda diri ini...

Sedang2 asyik berjalan2 di blog2 masyarakat laen..sekali terjumpa entry mengenai contest nie di blog Kak Ngah...jadi apa lah salahnya kalau saya pun nak try join kanggg..hehe

Ok jum kiter tengok contest mende sebenarnye nie...

Contest nie dianjurkan oleh adik comel molek Muna....adk Muna nie skolah lagi n duk asrama..so masenye ngn blog agak trbatas sbb time cuti2 Malaysia jer dapat update blog..tp nie cuti skolah nie jawabnye memang boleh kembali bersama lah dengan blog beliau yg comey lotteey tuu...hehe

Syaratnye mudah ajeee...nak taw syaratnye click lah kt banner bawah nie...



Juuuummmm kita tengok gambar3 candid saya...hehe

Hahaha(gelak guling2) bila tengok gambar nie...sbb mcm orang buta pun ade..hehe...sebenarnye saya tengah sibuk buat proses editing video...kirenye time nie last touchup lahh...memang kalut sangat2 time nie sbb program dah nak mula tapi masih ade yang tak siap lagi...semalamnye pulak tak tido...sekali baru nak angkat kepala ade orang snap gambar..potograper tu cakap "Alaahh..baru nak amek gambar candid ngah wat keje..."
Skali tersnap gambar macam nie...haha..Gaya macam orang buta tengah baca tulisan braille..hehe


Nie pun memang gambar betol2 punye candid...sebab time nie sedang syok+bersemangat berkata sesuatu(dah lupa cakap sal apa)...n tak sedar pun rupa2nya ada yang mengsnapkan gambar ini...klau taw ader orang nak snap musti+konpen akan control macho punyelh...hehe..
Kenangan sewaktu Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati di Masjid Negara pada 31 December 2010..


Haa...nie lak gambar yang agak2 candid tuuu...gambar nie diambil pada semester lepas2..time nie kami celebrate sempena kejayaan class kami yang mendapat tempat ketiga dalam english drama competition...hehe...

Rasenye dah cukup lah gambar2 nie...bagi manyak2 kan nanti adik Muna tak larat nak tangok lak...hehe...

Okeh...saya dah join contest nie...anda bila lagi??(cehhh..gaya macam iklan kat radio jer..)
terima kasih,thank you n syukran khairan kathir untuk adik Muna sbb anjurkan contest nieee...adik Muna belajar rajin2 taw...akak sentiasa doakan adikk...

Saya rasa macam nak tag dua orang sahabat saya yang comey jugak...


Time Qasehhh.....
cintaku dan cintamu bersatu demi mengejar cintaNYA. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...