CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Pengalaman dan Ujian

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setelah hampir sebulan tidak menghidu haruman Islam di negeri serambi Makkah ini...alhamdulillah Allah masih memberi peluang dan ruang untuk diri ini menikmatinya sebelum meneruskan perjuangan di medan ilmu di negeri Darul Makmur...

Hampir sebulan juga saya tidak menjengah ke blog ini...mungkin dek kerana kesibukan yang sentiasa menghambat diri ini...atau mungkin juga kernaa.........ahhh...biarkan diri ini sahaja yang mengetahui asbab sebenar...

Alhamdulillah juga kerna amanah yang digalas selama sebulan ini(walau tak cukup sebulan), akhirnya berakhir...benarlah seperti yang dikata...setiap permulaan pasti ada pengakhirannya...
Berbagai pengalaman yang dapat saya kutip dan pungut selama berada di sana...pelbagai ilmu yang dapat saya kunyah dan telan..1001 kenangan sepanjang berada di sana tidak pernah akan dilupakan..

Mengenali Mak Cik Fuziah yang sarat dengan pengalaman dan cerita2 yang menarik membuatkan diri ini terasa bertuah kerana dipertemukan dengannya...bertemu kembali dengan Kak Hidayah dan Kak Dilla,menjadikan saya seorang perindu yang tidak pernah berkesudahan...rindu akan taman-taman syurga yang pernah kami selusuri...tutur bicara Bonda Mai yang penuh dengan kasih sayang membuatkan diri ini terasa seperti berbicara dengan ibu sendiri...

Dan memandang wajah2 suci adik-adik membuatkan hati ini tersentuh dek kerana keinginan mereka untuk kembali ke pangkal jalan...

Terima kasih tak terhingga buat kalian semua kerana sudi menerima diri ini untuk beberapa ketika...jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya...

Baru sahaja kemesraan ingin bertamu di hati kami, saya terpaksa mengundur diri terlebih dahulu...masa berlalu dengan begitu pantas..seakan terlalu mencemburui ukhuwah kami..

Masih saya ingin akan pesanan seorang kakak yang selama ini telah beri begitu banyak tunjuk ajar kepada saya..katanya "Ingatlah adikku bahawa hidayah itu milik Allah..jangan terlau mengharapkan mereka untuk berubah sepenuhnya dalam masa 13bulan.."

Yaa...pesanan itu juga membuatkan saya melangkah keluar dengan senyuman tanpa rasa kecewa kerana saya yakin bahawa mereka akan temui juga hidayah itu kerana bibitnya telah kelihatan..jalan juga telah diperlihatkan...terpulang kepada adik2 untuk menggunakannya atau tidak...kerana tiada sesiapa yang bisa mengubah seseorang melainkan diri sendiri...

Buat adik2 ku di sana...ketahuilah bahawa diri ini sentiasa merindui kalian dan kalian sentiasa berada di setiap hela nafas doaku...teruslah berjuang melawan nafsu dan musuh yang sentiasa berusaha untuk menjerat kita.yakinlah bahawa kalian mampu menjadi yang lebih terbaik dari yang terbaik kerana kalian pernah merasa nikmat taubat itu..

Tugas saya di sana terpaksa tamat sehari awal kerana mendapat satu perkhabaran yang benar2 memeranjatkan saya...membuatkan diri ini kelu untuk berbicara..tiada lafaz yang lahir dari mulut melainkan hanya kalimah Allahuakbar...hanya air mata yang mampu menggambarkan perasaan ketika itu...
Iya...itu adalah ujian,peringatan dan juga anugerah yang telah Allah kurniakan buat kami sekeluarga.

Ujian untuk menguji tahap keimanan kami semua dan untuk mengangkat kami ke satu peringkat yang lebih baik lagi(insyaAllah).

Peringatan agar kami tidak terus terleka dengan kesenangan dan keseronokan dunia yang sentiasa mengalpakan dan agar terus mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan...

Dan anugerah untuk melipat gandakan pahala kami sekeluarga dengan menganugerahkan kami dengan anugerah yang terindah dan teristimewa..

Walau saya menyedari semua itu...namun air mata ini seakan2 tidak mampu untuk disekat..setiap kali memandang wajah suci si kecil itu,pasti akan terasa sebak didada...

Si kecil itu masih belum mengerti...dia masih mampu tersenyum,ketawa dan bermain dengan riang...yaa!!kenapa dia mesti bermuram sedangkan dia juga seperti kanak2 lain..yang punya kehidupan dan kisah sendiri..

Apa yang terjadi adalah ketentuan Allah..Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..mungkin ini yang tebaik buat si kecil itu...perancangan dan percaturan Allah lebih hebat dari perancangan dan percaturan manusia...
Duhai si kecil....walau apapun yang berlaku...walau bagaimanapun keadaan dirimu...ketahuilah bahawa diri ini sentiasa ada bersama mu dan akan terus memberi semangat untuk mu meneruskan kehidupan..dan doa ku sentiasa mengiringi perjalananmu...keluargamu sentiasa menyokongmu...

Duhai si kecil..disisi sesetengah manusia,kamu mungkin akan dipandang enteng...sedangkan disisi Allah,kamu lebih mulia dari manusia lain yang cukup sifatnya tetapi mensia-siakannya..dipandangan mata sesetengah manusia,kamu mungkin akan kelihatan punya kekurangan...sedangkan di hadapan Allah kamu punya banyak kelebihan..ketahuilah bahawa Allah sebenarnya ingin menyelamatkanmu dari mendengar perkara2 yang sia2 yang bisa mendatangkan dosa buatmu.alangkah beruntungnya dirimu wahai si kecilku...dan mungkin juga cabaranmu di masa akan datang sebagai seorang mujahidah amat hebat..dek kerana itu,Allah ingin menyelamatkanmu terlebih awal...hanya Allah yang Mengetahui...

Semoga abang dan kakak iparku terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini..ketahuilah bahawa kalian adalah insan yang telah dipilih oleh Allah dari selautan manusia dibumi ini untuk menggalas amanah ini kerana Allah mengetahui bahawa kalian mampu menghadapinya...syurga lah tempat kalian(insyaAllah)
Setiap ujian yang diberi...pasti disertakan sekali dengan hikmah disebaliknya...percayalah.. disebalik kepahitan,pasti akan terselit kemanisan yang tidak pernah kita gambarkan...

Tazkirah diri: Ketika Allah menarik sebahagian pendengaran anakmu,maka itu tanda kamu perlu lebih banyak mendengar ayat-ayatNYA.ketika Allah memberikan dunia yang sunyi kepada anakmu,maka itu tanda kamu perlu lebih heboh dengan kalimah-kalimahNYA..-Nazmi Yaakub

**"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"(Ar-Rahman : 13)
Sebanyak 31 kali Allah ulang soalan yang sama dalam satu surah yang mengandungi 78 ayat... betapa kita perlu untuk mensyukuri segala nikmat yang telah Allah kurniakan buat kita dan menggunakan dengan sebaik-baiknya...

"Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah..."

Saturday, June 4, 2011

Gaduh-Gaduh Manja...


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Masih diberi peluang untuk merasai kedinginan malam di sini..semoga kedinginan malam ini mampu memberi ketanangan kepada adik-adik di sini dan pastinya juga kepada saya dan sahabat seperjuangan..juga kepada seluruh umat manusia yang ada..

Hari ini seorang warden dan pengurus kami berlibur..jadi...malam nie hanya tinggal saya dan seorang lagi warden bersama adik-adik..
Petang tadi situasi sedikit tegang kerana terdapat sedikit selisih faham antara mereka(adik2)..tapi kembali tenang sebab sewaktu itu pengurus masih ada.

Pada mulanya..ingatkan dah settle...rupa-rupanya tak...malah bersambung lagi time maghrib..seusai mereka berzikir(yang sepatutnya membuatkan hati tenang) mereka mula tengking menengking antara satu sama lain..tapi Alhamdulillah saya sempat keluar dan meleraikan mereka.sekali lagi saya ingatkan dah habis..

Tapi rupanya mereka sambung kembali dalam dorm mereka..malah lebih kuat sedikit dari yang tadi..sebelum darah saya naik ke kepala,saya mengajak 'orang2 yang terlibat' untuk masuk opis.
Saya menyuruh mereka duduk dan tenangkan diri serta beristighfar..

Setelah sesi soal jawab selesai...saya mengajak mereka sama-sama untuk mengawal kemarahan dan cuba contohi akhlak Rasulullah.contohi bagaimana baginda mengawal kemarahan baginda agar marah itu bukan marah yang boleh mendatangkan dosa tetapi marah yang membawa pahala..

Masa yang diambil tidak terlalu lama sebab azan maghrib ketika itu dah pun berkumandang dan perlu untuk menunaikan kewajipan dengan segera.

Apa yang boleh saya buat kesimpulan tentang kejadian tadi ialah sebenarnya mereka gaduh-gaduh manja jer...biasalah...adat...sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula hubungan persahabatan...

Walaupun situasi itu tidaklah terlalu besar dan berat namun memberi saya sedikit pelajaran dan pengalaman untuk diri ini...

Setelah solat isyak pula,saya memberi peluang untuk adik-adik ini relax sambil menonton cerita yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka.cerita "Kun Fayakun"...cerita yang penuh dengan pelajaran....

'Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah'

Sesi Bersama Adik-Adik


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Masih berada di tempat yang sama namun berbeza waktu dan detik...juga masih mampu bernafas dengan sempurna cuma berbeda keadaan udara dan cuaca..

Walau apapun yang berlaku,saya tetap bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk terus berada di sini...
Semalam dapat luangkan masa yang sememangnya dah terluang untuk buat sedikit sesi dengan salah seorang adik-adik di sini...semalam merupakan kali kedua saya membuat sesi..2hari lepas saya buat sesi dengan Z dan semalam dengan D..

Bagi saya Z tidaklah terlalu bermasalah kerana dia sudah boleh menerima kenyataan tentang keberadaannya di sini dan sudah punya kesedaran dalam diri tentang kesalahan dan kesilapannya dimasa lalu...Dia juga telah melupakan kisah pahit yang telah dilalui demi untuk meneruskan kehidupan yang baru...

Namun berbeza dengan D...D seorang yang pendendam,ego,terasa diri lebih baik dari orang lain dan merasa sedikit bangga dengan apa yang telah dilakukan.pandangannya penuh dengan api amarah dan kebencian..hatinya terlalu keras.

Pada permulaan sesi,saya cuba selami perasaannya dengan bertanya tentang kisahnya sehingga membawa dia ke sini.saya cuba tunjuk rasa minat dan tertarik dengan ceritanya.dan respons yang saya terima dari dia agak baik kerana dia seolah-olah seronok bercerita kerana pada persangkaannya saya sangat tertarik dan teruja dengan ceritanya.

Sepanjang dia bercerita,saya cuba hadam sedikit demi sedikit agar kelak saya tidak tersalah memilih kata-kata untuk dilontarkan kepadanya..

Setelah habis segala-galanya(agaklah) diluahkan...saya mula menjalankan tugas saya untuk menyentuh hatinya.walaupun saya tidaklah arif dalam bidang ini namun berdasarkan pengalaman yang sikit,saya cuba untuk melakukan yang terbaik.demi membantu adik-adik ini kembali ke pangkal jalan.

Kalau sebelum ini,sewaktu sesi dengan Z...saya tidak terasa susah dan berat kepala..tapi setelah selesai sesi dengan D...saya rasa kepala saya agak berat dan terasa seperti penuh.huhu..

D seolah-olah tidak langsung memberi peluang untuk orang lain menolongnya.baginya dia boleh bantu diri dia sendiri tanpa pertolongan orang lain.sedangkan pada hakikatnya dia tak mampu pun untuk lakukan seorang diri.

Dan yang paling utama...D lebih banyak rasa bersalah dengan parentsnya berbanding rasa bersalah kepada ALLAH SWT...Allahuakbar....

Sehingga saat ini D masih menyalahkan diri dia sehinggakan dia berdendam dengan diri sendiri...Astaghfirullahak'azim...

Besar harapan saya agar D mampu berubah dalam tempoh 4bulan sebelum dia melangkah keluar dari rumah ini...

Saya juga yakin...suatu hari nanti D mampu berubah malah mampu jadi lebih baik dari saya jika dia benar-benar berusaha ke arah itu... saya yakin D akan sedar dari mimpinya yang panjang...insyaAllah D boleh lakukan...

Buat sahabat-sahabat saya yang membaca entry ini...saya menyeru dan meminta kepada kalian untuk sama-sama berdoa agar hati D bisa menjadi lembut untuk menerima hidayah dari Allah...dan bukan sahaja buat D,tetapi untuk semua adik-adik di sini..

'Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah'


p/s : nama yang digunakan bukan nama sebenar...

Thursday, June 2, 2011

Taman - Taman Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Buat pertama kalinya saya mengupdate blog di bandaraya bersejarah..tapi,bukan pertama kali saya menjejaki negeri ini kerana sewaktu masih hingusan dulu pernah dah datang sini bersama keluarga terchenta..



Alhamdulillah perjalanan saya dari kelantan-muar berjalan dengan lancar walaupun pada permulaan perjalanan terasa agak kecut perot sebab pakcik bas bawak bas macam f1 punye pelumba... mungkin dulu pakcik tu teringin nak jadi pelumba f1 tapi tak dapat..huhu

DAN akhirnya lebih kurang jam 9pagi,dengan melangkah kaki kanan saya melangkah dengan penuh yakin masuk ke dalam sebuah tempat yang saya classifikasikannya sebagai salah satu taman-taman syurga yang ada di muka bumi ini...

Berjumpa dengan sahabat-sahabat yang agak lama tidak bertemu dan yang paling menggembirakan hati ini apabila melihat wajah-wajah suci yang ingin kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya..melihat wajah adik-adik di sini,terbit rasa insaf dalam diri..

Kesungguhan adik-adik di sini dalam berusaha untuk kembali kepada Penciptanya membuatkan saya bermuhasabah kembali dan merenung kembali ke dalam diri ini...betapa kerdil dan hinanya saya jika hendak dibandingkan dengan adik-adik disini kerana mereka setiap hari dan setiap detik mereka sentiasa berada di bawah lindungan para malaikat dan insyaAllah juga berada di bawah rahmat Allah..

Lidah mereka sentiasa mengalunkan ayat-ayat Allah...bibir mereka sentiasa dibasahi dengan zikrullah..telinga mereka sentiasa mendengar lagu-lagu merdu memuji-muji Allah...mata mereka sentiasa melihat tulisan-tulisan indah al-Quran..

Pendek dan panjang kata...mereka sentiasa dikelilingi oleh perkara-perkara yang baik..perkara-perkara yang mendatangkan pahala dan sentiasa berada dalam majlis ilmu...

Sedangkan saya???terlalu banyak perkara yang melalaikan dalam diri ini...hanya boleh dibilang dengan jari berapa kerat sahaja lidah ini mengalunkan ayat-ayat Allah...Astaghfirullahal'azim... semoga dengan keberadaan saya di sini dapat memperolehi manfaat dan dapat meningkatkan lagi potensi diri dalam mengejar cinta Ilahi...

Dan akan saya manfaatkan sepanjang masa yang saya ada di sini untuk berkongsi segala-galanya dengan adik-adik...iyee..ilmu saya tidaklah banyak tetapi akan cuba juga untuk berkongsi dengan mereka...mungkin juga ada sesuatu yang dapat saya ambil dari cerita-cerita dan pengalaman adik-adik di sini...insyaAllah..semoga Allah membantu kami semua di sini...

********

Sebenarnya sebelum datang melaka nie...saya agak sibuk dengan persiapan kahwin...

Oppsss...bukan persiapan kahwin saya..tapi kakak saya...saya pun tumpang sibuk juga untuk membantu kakak kesayangan menyiapkan hari bahagianya nanti...walaupun mungkin pada hari bahagianya nanti saya akan menitiskan air mata kesedihan...huhu

Ok lah...sampai sini sahaja coretan saya kali ini sebab sekarang saya perlu menjalankan amanah dalam tugas ini untuk memastikan adik-adik di sini menepati masa...

Sehingga bertemu lagi.....

Dari Allah, kepada Allah dan bersama Allah...
/>
cintaku dan cintamu bersatu demi mengejar cintaNYA. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...