CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, May 24, 2011

Maaf...Ini Adalah Yang Terbaik...


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sejak dua tiga empat lima dan enam menjak nie...saya sering bermonolog sendiri..adduuss..dah pandai dah sekarang guna perkataan monolog..biasalah..mengaplikasikan apa yang belajar sem lepas..hehe..hmmm...dan kerap juga berperang dengan diri sendiri...nak wat macam mana,lagi kita nak jadi baik lagi kuat encik syetan menghasut...walaupun kadang2 saya kalah dengan mereka...namun alhamdulillah diri ini cepat tersedar..Allah masih menyayangi diri ini malah Allah sentiasa menyayangi hamba-hambaNYA...

Petang tadi ada seorang sahabat telah mengirimkan satu artikel yang diambil dari iluvislam.artikel tersebut membuatkan saya terfikir mengenai beberapa perkara dan perkara2 itu...biarlah rahsia...(baca dengan cara menyanyi lagu ct ;p)

Tetapi apa yang penting saya ingin kongsikan cerita tersebut dengan sahabat2 saya di sini...semoga kita dapat mengambil manfaat bersama..renung-renungkan dan selamat beramal..hehe

Cerita ini telah diubah suai sedikit atas sebab2 tertentu tetapi masih mengekalkan tema yang asal..cerita ini juga diolah kembali mengikut suka hati saya..hehe

Selamat membaca.....

"Muhammad Amil,sanah helwah...smoga brpanjangn amalmu dn sntiasa brada d bwh lembayung rahmatNYA...all the best in everything u do..jga iman n jga diri yea..."
-Nur Fatiha,Korea-

***************

Aku mencapai handphone ku dan membelek-belek massage ucapan besday yang diterima minggu lepas.masuk kali ini,hampir 100 kali aku melihat,meneliti dan mengkaji sms itu..cukup ringkas...pelik tapi benar..sampai saat nie,question mark dalam kepala aku masih lagi belum hilang dan hanya perkara sama sahaja yang berlegar-legar dalam otak aku..kenapa Fatiha hanya send massage jer kali nie...sedangkan sebelum nie setiap kali besday aku pasti dia akan luangkan masa untuk berwebcam dengan aku melalui skype berjam2 lamanya...katanya itu sebagai hadiah untuk sempena besday aku.

Tapi kali ini tak...dah lah tu...pakai num orang lain pulak tu..siap tulis nama penuh lagi..nasib baik tak tulis sekali nama bapak...ish...hati aku mula rasa tak sesedap mee sedap dah nie...macam ada sesuatu yang akan berlaku...

Atau dia sebenarnya dah............Arghh...tak mungkin...dia dah kata takkan.....

Tiba-tiba aku teringat kejadian2 sebelum nie yang menunjukkan bahawa dah banyak perubahan dengan tingkah laku dia.dia dah banyak bagi aku kata2 hikmah,petikan2 hadith,ayat2 suci al-Quran dan yang paling ketara sekali bila dia online pesbuk mesti dia akan buat offline supaya aku tak tahu bila dia online dan setiap kali aku ajak borak melalui ym or skype..dia mesti akan hadkan perbualan kami.dan hanya sekadar bertanya khabar dan lepas tu dia akan bagi alasan dia sibuk.

Sehinggalah saat dia pulang bercuti time musim summer tahun lepas.dan ketika itu kebetulan juga tempat aku belajar sedang bercuti.so dapatlah aku luangkan masa untuk berjumpa dengan dia.rasanya tak salah,setahun sekali jer.melepas rindu lah sikit.boring juga kalau asyik berhubung melalui alam maya jer.

Suatu hari,aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa.pada mulanya dia menolak ajakan aku.tetapi setelah aku pujuk dan dia meletakkan syarat bahawa hanya sebentar sahaja kerana dia agak sibuk dengan urusan keluarga walaupun pada hakikatnya aku tahu dia sebenarnya tidaklah sibuk mana pun.dan syarat yang keduanya ialah dia akan membawa anak buahnya yang berusia 5tahun.pada mulanya aku tidak setuju dengan syaratnya yang kedua,tapi terpaksa setuju sebab kalau tak dia tak nak keluar dengan aku..isshh...asal boleh jumpa,ia dah cukup bagi aku..

Tepat jam 4 petang,aku menjemputnya dirumah.dan kami tidaklah kemana-mana.hanya ronda-ronda sahaja dan setelah berhenti di rumah Allah untuk mengabdikan diri kepadaNYA,aku membawanya ke sebuah restoran makanan segera milik syarikat Islam untuk early dinner disitu.setelah selesai makan,kami pulang awal kerana anak buahnya sudah mula menunjukkan riak2 kebosanan.dan apa yang buat aku tak boleh nak lupa ialah perbualan ringkas kami sewaktu dalam perjalan menghantar dia pulang.

Fatiha : Apa beza kita dengan dieorang kat situ yea?

Sambil tangannya menunjuk ke arah beberapa pasang couple yang sedang duduk bercengkerama di bawah lampu minyak tanah disepanjang taman tempat kami lalu.aku tergamam sekejap,nasib baik tak terbabas kereta yang aku bawak sebab terkenzut dengan soalan maut dia tu.agak menduga,tapi simple..

Amil : Alaaah...kita nie baik sikit..tak de pegang2..awak pun tutup aurat elok.tak keluar berdua-duaan(dalam nada sinis),time solat kita solat...ermm...islamic sikitlah panjang pendek kata..

Fatiha : Hmmmm...Dalam Islam ada ker macam tu?

Dia menduga lagi...dan semakin terkaku aku..terasa macam ada orang tampar aku jer waktu tu...kali nie aku rasa cam nak hantuk jer kepala nie kat tingkap kereta.apa yang boleh aku buat ialah diam dan biarkan soalan tu berlalu dibawa angin lalu.

Fatiha : Eih...abaikan jelah soalan tu...saja jer saya tanya...(sambil tergelak kecik)

Tak berapa lama selepas Fatiha terbang pulang ke Korea,dia ada hantar email kat aku untuk explai balik kenapa dia tanya soalan camtu hari tu.sekarang,aku baru faham bahawa sebenarnya aku kena kawal hubungan kami yang masih belum 'rasmi' nie.dan sejak dari tu,dia langsung tak pernah call aku,tegur aku kat fb,ym or skype.

Tapi walau apapun,aku rasa gembira dan bersyukur sebab dialah yang membuatkan aku sedar.aku terasa seperti aku baru sahaja tersedar dari satu mimpi yang bisa menyesatkan aku.aku ingat lagi dengan pesanannya - jagalah hubungan dengan Allah,insyaAllah kemudian DIA akan menjaga hubungan kita.

Walaupun aku telah menyerah segala-galanya kepada ALLAH SWT,tapi aku still lagi rasa seakan2 tidak tenteram bila fikirkan hubungan kami.apa yang akan jadi lepas nie?sms yang dia hanatar betul2 mengganggu fikiran aku.memang kami sudah tidak berhubung lgi,tapi aku masih setia menunggunya.dan aku yakin dia pun sama macam aku sebab aku tahu dia adalah perempuan yang baik.

'Tuut...tuutt..'telefon aku bagi isyarat massage masuk dan nama Fatiha tertera.

"Esok free tak?nanti ym yea?"

"Boleh..sy free jer.."balas aku ringkas..ermmm..mungkin dia saje nak wat suprise kat aku nie...takkanlah dia hantar massage jer wish besday aku..sekarang aku bertambah yakin yang dia masih sayangkan aku.

Esoknya...awal-awal lagi aku dah tunggu dia online..

'Tuk...Tuk..Tuk...' Fatiha is online..

Tepat sungguh waktunya...

Fatiha : Assalamualaikum...

Amil : Waalaikumsalam...

Fatiha : Sehat?iman macam mane hari nie?

Amil : Alhamdulillah sehat..baik2 aje...awak?

Fatiha : Alhamdulillah..baik2 jgk...cuma iman turun naik jer sekarang nie...tp xper...ok jer semua..

Amil : Awak tak balik ke tahun nie?btw,thanks for the bday wish last week...

Fatiha : Same2...tak balik..banyak kerja sikit tahun nie.ermmm...study macam mane?

Amil : Ok jer...new sem nie..berat sikit.jadual pack.

Fatiha : Hmmm...tak pe..gud luck..

Amil : Thanx..

Fatiha : Ermmm...nak tanya benda nie...sebenarnya dah lame nak tanya...

Amil : Apa dia?

Fatiha :1st of all...sory dulu yea...apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Amil : Macam yang kita sepakat waktu mula2 kita kenal dulu lah..kita just kawan.untuk kenal hati budi masing2..kita tak couple macam orang lain...so,statusnya kawan je lah...

Fatiha : Hurmmm....

Amil : Kenapa?salah ke apa yang saya cakap?

Fatiha : Nie opinion jelah...apa yang saya belajar.antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram,tiada hubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja..yang lain2...atas alasan apa sekalipun ia tidak diterima melainkan atas urusan agama..

Aku tepegun,tergamam,terkelu dan macam-macam ter lagi...

Amil : Jadi............

Fatiha : Saya rasa kita harus stop...stop untuk berpisah..sebab saya sedar yang semua nie salah..sebelum nie saya keliru walau saya tahu ianya salah tapi saya terkeliru...saya dikaburi dengan kebaikan...benda nie akan buatkan hati ternoda...zina hati banyak berlaku...walaupun kita jauh...tak call,tak msg,tak jumpa n semua yang tak..tapi hati kita tetap berzina...huh...saya bercakap itu dan ini kepada orang,tapi dalam masa yang sama saya menyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat.kononnya islamic..saya rasa cara ini tidak betul.kita dah salutkan benda yang tak baik ini dengan Islam.then,orang nampak Islamic.saya rasa kita tak de beza pun dengan orang lain yang duk bercouple.jadi,saya rasa kita harus berpisah..demi menjaga diri dan sama2 untuk kembali hidup dalam redha Ilahi.sorry banyak2 untuk segala apa yang dah kita buat.andai ada jodoh..moga dipertemukan.

Astaghfirullahal'azim...aku beristighfar panjang...aku kesat peluh didahi.air mata kejahilanku merembes keluar.aku tak sangka perkara nie akan terjadi sepantas ini.ringkas,lembut dan berhikmah.pointnya sangat jelas membuatkan aku tak dapat nak bantah dan berkata2.sedih,pilu,kecewa dan sesekali timbul rasa kesal pun ada.tapi semua itu tak ada makna lagi..

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut.aku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Fatiha.pada saat nie,hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati yang rapuh nie.DIAlah juga tempat aku puhon keampunan atas segala kekeliruan yang dah aku timbulkan.rupanya sebelum nie aku dah tertipu dengan bisikan musuh,mengikut jalan taghut,mencampurkan halal dan haram serta mengadunkan yang Islam dan al-hawa...

Cinta hakiki hanyalah kepada ALLAH...

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dulu.pertama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNYA lebih dari makhlukNYA,kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali,mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka.dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman tu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.moga2 DIA kuatkan dan teguhkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini dan moga2 diringankan beban yang aku pikul ini.

Aku terus menjawab ringkas.........

Amil : Thanks n sorry too sebab saya telah membawa awak ke jalan yang jauh dariNYA...saya terima...Alhamdulillah..moga awak bahagia dan suksess selalu di sana.doakan saya juga..wassalam..

Signed out...

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina tu memang salah pada dasarnya.bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa?ya,kami memang saling menasihati dan bertazkirah,saling mengejut Qiamulail,saling menghantar sms ayat2 al-Quran dan hadis,tapi semua tu memang tak betul caranya...aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi..astaghfirullahal'azim..syukur kepada MU ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redhaMU..

"Abang...jomlah turun..kejap lagi Hakim sampai.."Opss...tersedar dari lamunan mengimbau kisah 15 tahun lepas tatkala mendengar suara isteriku,Nurul Iman untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Fatiha dan Hakim.

"Ya sayang..abang turun.."

Alhamdulillah... Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2027' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.


*baca + faham + renungkan = tindakan
tidak ada kena mengena dengan yang sudah meninggal tapi ada kena mengena dengan yang masih hidup di muka bumi Allah...semoga kita semua dilindungi oleh Allah...

'Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah'

Saturday, May 21, 2011

Destinasi Kedua...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya dan setiap yang hidup pasti akan mati.begitulah kehidupan kita di dunia ini kerana dunia ini adalah persinggahan buat kita sebelum menuju ke negeri yang abadi.tidak kira di mana kita berada dan apa yang kita lakukan, ajal pasti akan datang jua.kita sering mengatakan tempat itu paling selamat buat kita,tetapi tidak ada yang mustahil bagi Allah kerana tidak ada satu tempat pun di atas muka bumi ini kita mampu sembunyi dari pengawasan DIA.seperti firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 78 yang bermaksud :
"Dimana saja kamu berada,kamu akan menemui maut,sekalipun kamu berada dalam mahligai yang kuat dan kukuh"

Dan ketahuilah juga bahawa maut tidak pernah terlewat atau terawal mahupun seminit...

Saya menyeru kepada semua sahabat2 saya agar kita sama2 dirikan solat hajat dan berdoa agar pelajar2 madrasah at-taqwa yang telah diberi ujian berupa bencana tanah runtuh berjaya ditemui dalam masa terdekat ini dan sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah buat penghuni2 rumah itu yang telah dijemput oleh Allah..

Itulah serba sedikit muqaddimah untuk post saya kali ini.malam ini mood untuk menaip datang lagi.dan untuk post kali ini saya akan menyambung rentetan dari post saya yang sebelum ini..kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya selama 3hari berada di P.O.A Kg.Pian,Jenderak,Temerloh Pahang.

Program ziarah dan ramah mesra bersama orang asli ini dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang(MUIP).Alhamdulillah Allah telah mengizinkan diri ini untuk menyertainya walaupun pada asalnya program ini hanya dibuka untuk pelajar2 Pahang sahaja.al maklumlah sekarang time cuti semester..susah kalau nak ajak pelajar2 luar dari Pahang.

Pelbagai pengalaman yang telah dikutip sepanjang 3hari berada di sana bermula dari 10 Mei hingga 12 Mei..walaupun program kali ini bukanlah program kali pertama saya sertai yang melibatkan perkampungan orang asli,tetapi pengalaman kali ini lebih indah dari sebelumnya dan betul2 meninggalkan kesan dalam diri ini.

Keindahan alam semula jadi di Kg.Pian benar2 membuatkan saya jatuh cinta dengannya.Udaranya yang segar,pemandangannya yang memukau mata membuatkan saya sedikit terlupa dengan segala masalah yang dihadapi lebih2 lagi masalah kesihatan pada waktu itu.berada di sana hilang terus sakit yang dirasai..subahanAllah..terlalu Agung ciptaanMU ya Allah. KekuasaanMU melebihi segala sesuatu.berada di sana membuatkan saya memanjatkan kesyukuran setinggi-tingginya kepada ALLAH SWT di atas kurniaanNYA telah mengizinkan saya untuk ke sana.

Pengalaman menziarahi masyarakat di sana juga meninggalkan seribu satu kenangan.ada yang sangat peramah sehinggakan memeluk saya dan mencium saya seperti mencium dan memeluk anak sendiri.ada juga yang sangat pemalu dan ada juga yang seperti tidak berapa menyenagi kehadiran kami semua.

Melalui ziarah ini juga saya telah mempelajari bagaimana caranya untuk kita menyampaikan Islam kepada mereka agar tidak nampak terlalu extreme sehingga boleh menakutkan mereka.terima kasih kepada Ustaz Zainal Abidin,ketua kumpulan ziarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan pada hari terakhir program tersebut,majlis pengislaman secara beramai2 telah diadakan dan menyaksikan seramai 25 orang saudara baru melafazkan kalimah syahadah buat pertama kali.berakhirnya program ini tidak bermakna berakhirnya tugas kami malah tugas kami semakin berat kerana telah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi didikan agama kepada mereka agar mereka tidak hanya Islam pada nama sahaja.insyaAllah jika diizinkan Allah akan saya kembali ke sana lagi..

Berada di sana membawa saya kepada satu kisah yang benar2 mencuit hati.kisah Pak Abu telah diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya dan saya telah diperkenalkan kepada Pak Abu dimana Pak Abu sebenarnya merupakan orang Islam dan bukanlah dari kalangan masyarakat orang asli.apa yang menariknya mengenai Pak Abu,dia sebenarnya seorang yang sangat tabah walaupun telah diuji oleh Allah dengan bermacam2 ujian.

Pak Abu sebenarnya terlalu ingin untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam,namun peluang itu tidak pernah ada.pada petang hari kedua berada di sana,saya dengan sahabat2 telah pergi ke rumahnya dan cuba menyelami serba sedikit mengenai masalah Pak Abu.dan seorang sahabat saya,telah mengajarnya membaca al-Fatihah dan telah menghadiahkan Pak Abu sebuah al-Quran yang mempunyai terjemahannya.semoga dengan pemberian itu mampu membuka pintu hati Pak Abu untuk terus mengenali Islam dan mampu membimbing keluarganya ke arah kehidupan Islam dan seterusnya mengubah nasib keluarganya.

Dan buat sahabatku itu,saya sangat mengagumi method dakwah yang telah digunakan olehnya dan telah mengajar saya salah satu lagi cara untuk memikat hati mad'u agar tertarik dengan Islam.semoga balasan syurga buatmu.

Ingatan saya sentiasa kepada 3orang anak kecil di sana yang telah saya anggap seperti anak saya dan ketiga-tiga mereka mempunyai perwatakan yang berbeza.syakira,vivien dan rozita sentiasa dalam ingatan.syakira seorang yang sangat pemalu,rozita seorang yang pendiam dan vivien seorang anak yang aktif dan banyak cakap.keletah mereka terutama vivien benar2 menghiburkan hati.masih saya ingat di saat baru pulang dari menziarahi penduduk2 Kg.Pian,kami meluangkan masa beramah mesra bersama dengan penduduk2 yang hadir di dewan tempat kami berkampung kerana kami merupakan kumpulan terawal yang selesai aktiviti ziarah dan pada waktu itu,anak2 baru sahaja habis sesi persekolahan mereka di taska yang berdekatan.

Apabila tiba waktu makan tengah hari dan sewaktu saya mengajak 3orang anak2 saya itu untuk makan,mereka meminta saya untuk menyuap mereka.pada waktu itu,jauh disudut hati ini sangat tersentuh dengan permintaan mereka kerana terasa seperti diri ini sangat dihargai oleh mereka.saya menyuap mereka dengan penuh kasih dan sayang dan disetiap suapan itu,saya sertakan dengan doa semoga suatu hari nanti mereka bertiga akan memilih Islam sebagai pegangan mereka dan mengamalkan kehidupan Islam 100% dan seterusnya mampu berdakwah kepada ganerasi akan datang.Amin ya Rabb.

Itulah harapan dan doa saya buat mereka bertiga.semoga doa saya itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT.pada keesokan harinya,berkali2 vivien datang mencari saya,tapi saya tidak dapat menemaninya kerana pada waktu itu kami muslimat KIPSAS diminta menyiapkan meja makan vip.dan pada akhirnya dia pulang tanpa sempat saya berjumpa dengannya...Allahuakbar...saya benar2 sedih kerana terasa seperti saya telah mengecewakan hati anak kecil..terasa berdosanya saya.semoga Allah mengampunkan dosa saya.

Pulangnya saya dengan membawa 1001 kenangan manis dan pengalaman yang sangat berharga.insyaAllah ia akan sentiasa tersemat disanubariku sampai bila2...

Segala ilmu yang dikutip sepanjang berada di sana juga akan cuba dipraktikkan...insyaAllah.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan terus memberi hidayah kepada penduduk2 Kg.Pian dan kita semua.amin ya Rabb.....

Kerja-kerja dakwah tidak akan pernah terhenti selagi nyawa dikandung badan.dan apa yang penting ikhlaskan hati semata-mata kerana Allah..dengan itu,segala kerja dakwah yang dilakukan pasti akan meninggalkan impak yang positive dalam diri kita mahupun diri orang lain.untuk berdakwah juga kita harus mempunyai strategi tersendiri dalam memikat hati mad'u..jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh.

Sedikit gambar yang dapat dikongsikan sepanjang berada di sana...


































"Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah"

Thursday, May 19, 2011

Purdah Antara Perbandingan Hukum...


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah masih bernafas hingga ke saat ini...

Sewaktu sedang menerjah blog sahabat2 untuk menambah ilmu pengetahuan, saya terjumpa satu artikel yang sangat menarik sesuai dengan apa yang dicari...artikel ini memang di'kopi' 100% tanpa diubah satu huruf pun...sebab saya merasakan setiap huruf yang ada adalah sangat penting...

Selamat membaca dan diharap ia dapat memberi manfaat bersama...

Mengenai purdah....

Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama'. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi', iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid'ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Mwnutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama'.

Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama' berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud " Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" Surah An Nur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, yang dikatakan dengan perkataan 'ma zahara minha' ialah pakaian dan tudung. Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:

1. baju yang menutup seluruh tubuh.
2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
3. tudung yang dipakai oleh perempuan.
(lihat mu'jam asasi arab)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan 'ma zahara minha' dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu.

Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki 'melabuhkan pakaian' sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat 'ma zahara minha' tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri!

Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut.

Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

Antara ulama' yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama' kebanyakan tempat.

Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A'la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Juag terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama.

Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap(tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut. Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

Adakah purdah wajib?

Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memaki purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur.

Jumhur Mazhab dan ulama' bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.
: Hadis Rasul SAW yang bermaksud " Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).
: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka. Surah An Nur ayat 31.
: Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114.

dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.

Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.

1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
2. Tafsir Ibnu Mas'ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.
3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.
4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
5. Saddu Zaraii'ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

Secara akhirnya, jumhur ulama' yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.
3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar'i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!

Oleh : Dr Yusuf Qardhawi


Wednesday, May 18, 2011

Ummie,ibu dan Ummie....





ibu dan ummie...
dirimu bagaikan rembulan dalam hidupku...
dirimu bagaikan matahari yang menyinari pagi...
dirimu bagaikan langit yang memayungi awan...
dirimu bagaikan pelangi yang menghiasi alam...
dirimu bagaikan bidadari dalam hidupku...

ibu dan ummie...
betapa besar pengorbananmu pada kami...
walau kami bukan dikandung olehmu...
walau kami bukan dilahirkan olehmu...
tetapi kasih sayangmu yang tulus sejernih air yang mengalir disyurga telah dirimu curahkan buat kami...

ibu dan ummie...
walau berjuta-juta terima kasihku tidak akan pernah cukup dengan semua pengorbanan dan kasih sayangmu selama ini...
tetapi ingin jua aku ucapkannya kerana hanya itu yang mampu aku katakan...

ibu dan ummie...
hanya kepada ALLAH SWT tempat aku meminta...
hanya kepada ALLAH SWT tempat aku memohon...
hanya kepada ALLAH SWT tempat aku mengharap...
dan hanya satu doaku buatmu...
semoga syurga itu milikmu...
kerana hanya itu yang mampu aku lakukan sebagai tanda membalas jasamu...


SAYA SAYANG UMMIE...
SAYA SAYANG IBU....


*puisi ini saya cipta khas buat ummie rosses n ibu yus sempena hari ibu...tempat saya menumpang kasih seorang ibu.Allah telah mengambil ibu kandungku tetapi Allah kurniakan pula diri ini dua orang ibu yang penuh dengan kasih sayang untuk ku...subhanAllah...terima kasih ya Allah...

Namun arwah ummie saya sentiasa tetap dihati...kerana tiada siapa yang dapt menggantikan tempat beliau.tidak ada kata2 yang dapat menggambarkan betapa saya sangat menyayangi arwah ummie.hanya Allah yang mengetahui perasaanku terhadap arwah ummie...ummie , ketahuilah bahawa adik sangat bangga kerana telah dilahirkan dari rahim mu...

Masih terngiang2 ditelinga ini kata2 ummie.sewaktu itu ummie sedang memasang cadar dibiliknya.lalu saya ambil cadar itu dan saya tutup seluruh badan saya.saya berlakon seperti orang yang telah meninggal dunia lalu saya katakan "ummie,kalau adik mati macam mane?" ummie pun menjawab "dik,kalau Allah nak ambik nyawa,biarlah Allah ambik nyawa ummie dulu.sebab ummie tak sanggup nak kehilangan anak2 ummie.sedangkan bila tengok anak2 ummie sakit pun ummie menangis dan turut merasa sakitnya apatah lagi kalau anak2 ummie pergi tinggalkan ummie.anak2 ummie lah segala2nya buat ummie.setiap kali ummie lepas solat,ummie selalu berdoa biarlah Allah ambik nyawa ummie dulu sebelum Allah ambik nyawa anak2 ummie."
Allahuakbar...permintaan ummie akhirnya ditunaikan oleh Allah.doa ummie dimakbulkan oleh Allah dan disebabkan dialog ini jugalah akhirnya saya dapat menerima qada' dan qadar bahawa ini juga permintaan ummie.
Pemergian arwah ummie merupakan satu kehilangan besar buat diri ini sekeluarga.semoga arwah ummie ditempatkan dalam kalangan para solihin...al-Fatihah....

Terima kasih ALLAH kerana Kau telah mngurniakan aku seorang ummie yang sangat baik dan penyayang...


MAKELSOM BINTI DOLLAH (31 0KTOBER 1948 - 03 APRIL 1999)
MAKKAH AL-MUKARRAMAH
AL-FATIHAH


Destinasi Pertamaku...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Jika hendak dihitung dengan jari...tidak terhitung...jika hendak diukur dengan pita pengukur...tidak terukur...jika hendak ditimbang dengan penimbang...tidak tertimbang...tidak mampu untuk digambarkan sebanyak mana rasa syukur ku pada ALLAH SWT diatas segala kurniaanNYA buat diri ini...terlalu banyak...Allah...terasa kerdilnya diri ini...terasa malu kepada Sang Pencipta...kerana terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan olehNYA kepadaku tetapi terlalu sikit syukurku padaNYA...Allah...setiap saat diri ini sentiasa merintih dan meminta padaNYA...dan tidak pernah sekalipun DIA menghampakan permintaanku...walau telah banyak dosa yang diri ini lakukan...tetapi tidak pernah sekali pun DIA meninggalkanku..malah DIA sentiasa menyayangi hamba-hambaNYA...Astaghfirullahal'azim...terimalah taubatku ya Allah...

Terasa seperti agak lama juga saya tida meng'update' blog ini...(walaupun br 18 hari..sedangkan ada blogger lain berbulan2 mahupun bertahun2 tak update blog..heehe..maaf yea kalau ada yang terasa)
Dalam masa 2 minggu ++ nie...sebenarnya banyak perkara(agak banyak lah kot) yang saya lalui dalam hidup ini...Alhamdulillah semuanya memberi manfaat dan pelajaran yang berguna untuk diri ini...

01 May 2011...
Bermulanya perjalananku ke negeri dibawah kayangan..hehe..Perlis lah 2...kalau nak diikutkan apa yang ditulis di tiket bas,perjalanan saya akan bermula pada jam 10 pagi..tapi itu hanya perancangan manusia yang tidak mampu melawan perancangan yang lebih hebat...iaitu perancangan Allah...Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.Alhamdulillah tepat jam 11 pagi bas bertolak.perjalananku berjalan dengan lancar..tempat duduk ku dibelakang sekali dan lebih tinggi dari orang lain.......
nie gambar yang diambil dari tempat duduk saya....tinggikan...hehe

Disebabkan ini jugaklah saya tak dapat nak lelapkan mata dengan jayanya..hehe..mana taknya...segan kot sebab kalau orang pandang belakang,orang akan terus nampak saya..agak tidak selesa untuk tidur...dan ini kali pertama dan kali terakhir saya beli tiket seat belakang...tapikan bila duk kat situ terasa seperti mem besar lah pulak..sebab tinggi daripada orang lain...hehee...disepanjang perjalanan ini...mata ini hanya memandang ke luar tingkap kerana...subhanAllah...indahnya ciptaan Allah...mata ini dihidangkan dengan pemandanga
n2 yang indah sahaja...memang saya betul2 menikmati perjalanan...lagi pula,inilah kali pertama diri ini menuju ke ke bahagian utara semenanjung Malaysia..rugi kalau tak cuci mata dengan alam semulajadi..

Saya hanya sempat menghabiskan masa di Perlis selama seminggu sahaja kerana ada tuntutan amanah yang harus ditunaikan di Pahang.sehari sebelum berangkat ke Pahang,abang dan kakak ipar bawa saya ke tempat yang femes di Perlis iaitu Padang Besar...memang besar kawasan tu..dan yang paling penting barang2nya semuanya murah2...waktu tu saya agak rambang mata jugalah bila tengok barang2 yang dijual..hehe..tapi bila fikirkan duit dalam dompet yang hanya ada beberapa keping sahaja untuk menampung hidup selama cuti semester nie...terpaksalah pendam sahaja perasaan tu...huhu..tapi...rezeki Allah itu ada dimana2 sahaja...

Saya pulang bukan dengan tangan kosong...hehe...dapatlah jubah sehelai..untuk tambah koleksi..Alhamdulillah..lagipun sekarang memang dalam proses mengumpul jubah...hehe..jubah niepun dibelanja oleh abang saya...kalau nak harapkan saya...memang taklah jawabnya...al maklumlah...tengah pokai...hehe...setelah selesai membeli,kami pun pulang sebab waktu tu matahari pun dah tegak kat atas kepala dan badan pun dah terasa penat...dalam perjalanan pulang, abang saya cakap nanti kita akan melalui kawasan ladang tebu yang terbesar di Malaysia..dan subhanAllah...sungguh cantik...patutlah dapat jolokan ladang tebu terbesar di Malaysia...sebab memang besar...sangat2 luas.sewaktu melalui kawasan ladang tebu,terasa seperti berada di overseas..hehe..tengoklah sendiri...tapi gambar tak berapa lawa sangat...guna camera murah jer....
sangat hijau...hijau itu menawan....




Tapi sewaktu saya melalui tu,tebu baru dituai..so hanya nampak anak2 tebu sahaja..sangat luas...kalau dilihat dari jauh...kelihatan seperti sebuah padang yang boleh buat penggambaran filem hindustan(sebab nampak cam boleh golek2..hehe)

Ciptaan Allah itu lebih indah...keesokkan harinya jam 9.15minit malam saya berlepas ke Pahang...perjalanan yang memakan masa 10jam...fuhh...agak lama.dan Alhamdulillah sampai dengan selamat..

to be continue...

Ceewwaahh...cam drama berepisod pulak rasanya...hehe...bukan apa,sebab terasa penat nak menaip dan mata niepun dah terasa berat..insyaAllah akan saya sambung mengenai pengalaman berada di kampung orang asli...

"Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah"

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Murobbi...


Kau seperti lilin yang menerangi
Memberi sinar membakar diri
Agar insan jadi insani
Tanpamu kosong tiada erti
Tak mungkin kami berada di sini

Terungkap citra seorang wira
Dari huruf menjadi kata
Dari bebal menjadi bijaksana
Dari putih menjadi warna
Pencorak kehidupan penyambung bangsa
Melangkah jauh terasa nyata
Visi mendatang mudah terlaksana

Disaat buntu,dikaulah pembantu
Memberi ilmu tanpa jemu
Tak kira masa,tenaga dan waktu
Jasamu itu ku kenang selalu
Biarpun beranak cucu

Sesekali melangkah pasti rebah
Nasihatmu ku ingat menghilangkan gundah
Agar diri dan semangat menjadi gagah
Daku pasti tak mungkin mengalah
Ilmu dan pengalaman diberi sudah
Setelah berusaha dan berdoa,terserahlah

Saat terindah menjadi kenangan
Menggamit seribu satu ingatan
Buat murobbi ku yang disayangi dan dirindui selalu
Jauh disudut hatiku terasa sekali ingin bertemu lagi
Melihat wajahmu yang redup penuh dengan kerinduan

Duhai murobbi ku yang dikasihi
Terimalah kasih dan sayangku
Lantaran berbudi tidak berperi
Untuk satu perjuangan hakiki
Daku kini mampu berdikari


*Dituju khas buat semua guru,cikgu,ustazah,ustaz,teacher,sir,cik,puan,madam dan murobbi : Tadika PERKIM, As-Syabab, Sek.Keb.Kubang Kerian 3,Maahad Muhammadi (P),Maahad Ar-Rahmah Kenali,KIPSAS dan universiti kehidupan.

Terutama sekali murobbi dari dalam perut ibu sehinggalah sekarang iaitu bonda dan ayahanda serta adik beradik ku..murobbi yang tidak pernah jemu mendidik saya walaupun seringkali tidak mendengar kata...

Dan tidak lupa juga kepada murobbi2 ku yang banyak mengajar saya erti kehidupan yang sebenar dan telah menyedarkanku akan hakikat kehidupan bahawa masih ada kehidupan lain setelah berakhirnya kehidupan didunia dan kehidupan itu adalah kehidupan yang abadi iaitu kehidupan diakhirat...buat ibu,ummie,kak noreen,kak long,kak yong,kak ngah,pak cik dan makcik,kak nur dan semua sahabat2 seperjuangan...kalian adalah murobbi yang terbaik dan yang berjaya membentuk ku menjadi seorang muslim...jasa kalian tidak mampu untuk ku balas...

Sejuta kemaafan di atas kenakalan ku dan kesalahanku selama diri ini menjadi anak didik kalian..

Tiada apa yang mampu ku beri melainkan mendoakan yang terbaik untuk kalian dan mendoakan agar kalian semua diganjari dengan ganjaran yang hebat iaitu syurga yang abadi...

Tidak lupa juga buat semua guru2 yang berada di seluruh dunia...teruskan perjuangan kalian dalam mendidik umat Islam agar bisa menjadi pejuang2 Islam untuk menegakkan panji-panji Islam...TAKBIR!!!

ALLAHUAKBAR!!!!!

TERIMA KASIH MUROBBI2 KU...
/>
cintaku dan cintamu bersatu demi mengejar cintaNYA. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...