CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, December 1, 2011

Result...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hari nie mengupdate blog dari bumi Darul Makmur...Alhamdulillah sampai di sini maghrib semalam dan kira punya kira dah masuk sehari lebih lah kat sini ^___^

Semalam berpenat lelah untuk mengemas barang2 yang tersangatlah banyak itu,sampai terjatuh segala bagai lagi...punyalah bersemangat nak kemas tu...huhu..

Tapi masih ada satu beg besar yang dipenuhi dengan buku2 masih tersusun rapi di hadapan bilik menunggu giliran untuk dibuka dan disusun buku2 itu...hehe..sabar ye wahai beg ku yang comey dan buku2 kesayanganku...giliran anda akan tiba jua...harap bersabar menunggu giliran anda...ngeee...agak kepenatan nak kemas hari nie...tak pe lah masih ada 3 hari lagi masa free sementara nak tunggu class mula...jadi masa banyak lagi...hehe(tak abes2 ngan keje bertangguh)

Itu bab kemas mengemas...nie pulak bab laen...hari nie sebenarnye pelbagai perasaan yang datang dan pergi dalam diri nie...berdebor,takut,agak2 sedih,gembira,kecewa dan macam2 lagilah...

Pagi tadi lebih kurang dalam pukul 9 lebih, dalam keadaan yang agak2 tak rajin(tak leh sebut malas sebab tu perkataan negative.tak elok untuk memotivasikan diri..hehe), saya pun bersama2 dengan sahabat melangkah ke unit kewangan untuk bayar yuran pendaftaran...barisannya memang agak panjang untuk beratur dan agak lama duk kat situ...naik jenuh jugak lah...
comey jer kucing2 nie beratur
(sekadar gambar hiasan)
^___________^

Lepas settle pendaftaran, dengan hati yang agak2 berdebar melangkah lah pulak menuju ke dewan untuk ambil result...walaupun dah taw result tapi still rase berdebar sebab selagi tak de bukti kat tangan, selagi tu tak akan rase selesa..

Berhadapan dengan ustazah...dan ustazah bagitau result...ALHAMDULILLAH...sujud syukur kepadaNYA...memang tak jangka dengan apa yang diperolehi...Allah masih memberi peluang untuk saya merasainya sekali lagi...betapa Allah sangat menyayangi diri ini walhal saya rasa saya tak layak untuk dapat semua nie...tapi Allah Maha Mengetahui mana yang lebih terbaik untuk hambaNYA...
Kecemerlangan bukan hanya sekadar kejayaan semata-mata..tetapi kecemerlangan ini disertakan dengan ujian..menguji diri kita adakah akan menjadi seorang yang mendabik dada,bongkak,sombong atau apa2 saja yang seangkatan dengannya...

Sama ada cemerlang atau tidak, kedua-duanya tetap ujian..namun dalam bentuk yang berbeza dan berlainan cara untuk menghadapinya...

Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi kerana Allah sebenarnya sedang menguji kita...jatuh bangun adalah adat dalam menuntut ilmu...ambil iktibar dan terus memandang kehadapan..jadikan hari semalam sebagai pengajaran buat diri dan dimasa akan datang, tingkatkan usaha berlipat2 kali ganda...

Buat sahabat2 yang merasa kecewa dan berputus asa dengan keputusan yang diperolehi, ingatlah bahawa kalian adalah insan terpilih yang sedang diuji oleh Allah...jangan mudah mengaku kalah kerana masih ada peluang untuk kalian memperbaikinya..kejayaan yang datang setelah melalui keperitan,kepayahan dan kesedihan amatlah manis dan lebih berharga berbanding kejayaan yang datang tanpa merasai itu semua...

Dan buat sahabat2 yang berjaya memperolehi kecemerlangan, tahniah dan takziah..jangan pernah berasa selesa dengan apa yang dikecapi sekarang..ayuh berusaha lagi untuk mengekalkannya dan mempertingkatkan usaha untuk mendapatkan yang lebih baik...
Terima kasih buat ayah terchenta,adik beradik,sahabat2 dan tak lupa teman yang terus berdoa dan membakar semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih...

Keputusan ini hadiah buat kalian...namun harus saya memohon maaf kerana agak menurun walau sedikit...biiznillah akan cuba yang terbaik pada masa akan datang..

Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah

No comments:

Post a Comment

/>
cintaku dan cintamu bersatu demi mengejar cintaNYA. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...