CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, April 17, 2011

Kisah Couple dan Babi

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sebenarnya malam nie saya tak berniat pun nak menggerakkan jejari ini diatas papan kekunci lappy kesayangan untuk post sesuatu.tetapi disebabkan saya merasakan saya ingin berkongsi satu kisah yang menarik(for me) dan mungkin anda juga.kisah ini mungkin boleh dijadikan sebagai pengajaran dan panduan untuk kita.insyaAllah.kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat...

Alkisahnya..........

Kisahnya mengenai tiga orang iaitu hafiz,fatihah dan muhammad.hafiz dan fatihah merupakan kawan sekolah di salah sebuah sekolah agama di negeri pantai timur.beberapa lama kemudian, hafiz jatuh hati dengan keayuan fatihah.matanya mengalahkan zinirrah.wajahnya penuh cahaya keimanan.sangat cantik untuk diceritakan.tetapi hafiz perlu menahan perasaannya.dia tidak boleh meluahkan perasaannya kepada fatihah kerana takut ditangkap oleh 'pencegah maksiat' sekolah.

Beberapa tahun telah berlalu.kini hafiz berada di tingkatan 6 dan dia tidak mampu untuk bertahan lagi.kerana dia takut andai fatihah akan dirampas orang.dia mengatur langkah dengan penuh berhati2 dan akhirnya fatihah tewas dengan pujuk rayunya.walaubagaimanapun, mereka sedar bahawa mereka adalah orang Islam.Islam tidak membenarkan ber'couple' sebelum ada ikatan yang halal.disebabkan itu,mereka berpakat untuk buat satu revolusi dalam couple.iaitu 'COUPLE ISLAMIC'.

Apabila keluar,mereka akan keluar ke tempat2 terbuka dan ramai orang.bukan itu sahaja,fatihah perlu berjubah dan bertudung labuh(gaya muslimah sebenar2 muslimah) dan hafiz juga perlu berjubah dan berserban.mereka keluar bukan dengan tangan kosong tetapi membawa al-Quran.apabila berhenti di kedai makan,mereka akan mentadabbur al-Quran dan perbualan mereka hanyalah mengenai agama.

Sewaktu berjalan,mereka tidak akan berpegangan tangan malah mereka berjalan jauh antara satu sama lain.mereka ikut cara Nabi Musa iaitu lelaki berjalan dihadapan dan perempuan berjalan dibelakang.apabila berada dirumah,mereka akan missed call disepertiga malam untuk sama2 bangun qiamullail.betul2 Islamic punya couple.

Setelah hampir setahun mereka mengamalkan 'Islamic couple',mereka ditakdirkan bertemu dengan muhammad.ketika itu,hafiz dan fatihah sedang mentadabbur al-Quran di sebuah restoran makanan segera milik orang Islam.

Muhammad tiba2 datang menghampiri mereka kerana tempat duduk direstoran tersebut telah penuh.apabila duduk,muhammad bertanya,"Have you married?" "No!",jawab Fatihah dengan tegas."So why you sit here together with this ajnabi alone here?"tanya muhammad dengan perasaan hairan."Kami couple,but Islamic way."jawab hafiz.muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.

Muhammad pun memulakan kisahnya."Aku nie muallaf.dulu aku kristian dan tinggal di Singapore.dulu aku suka sangat makan babi.kalau sehari tak makan,boleh pengsan.pernah satu hari tu mak aku terlupa beli babi.aku masuk wad malam tu.tetapi Alhamdulillah Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayahNYA.bila aku dah masuk Islam,aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi.aduuhh.pening kepala aku.macam mana aku nak buat nie.seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat2 dia.tapi aku..mana ada.jadi,time kat hospital tu aku terfikir hanya ada satu jalan keluar.aku nak Islamkan babi tu.aku beli seekor anak babi.dari kecil aku bela dia.seekor lalat pun aku tak bagi dekat.setiap jam aku mandikan dia.selepas tiga hari,aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah.lepastu, tiap2 hari aku bagi tazkirah kat babi tu.asal dia berak aku vacuum terus.begitulah kehidupan aku selama 2 tahun bersama babi tu.selepas 2 tahun,masa yang ditunggu2 tiba.masa nak sembelih babi nie,rupa2nya babi nie tak de leher.lantaklah.aku tibai jer sebab dah 2 tahun tak makan babi nie.lepas tu aku masaklah.tengah2 duk makan tu,nampaklah seorang ustaz sedang berjalan2.muka macam lapar jer.aku pun ajaklah dia makan sama."Ustaz, jom makan!babi Islam nie!"

Apabila mendengar kisah itu,hafiz dan fatihah pun tersedar bahawa kalau benda itu haram,ia tetap haram.yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas.

Firman Allah maksudnya : "Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk."(al-Isra':32)

Couple itu merupakan salah satu proses menghampiri zina.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh.kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah menuju ke tempat pertemuan.mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.(Muslim dan Abu Daud)

Walaupun anda mengatakan bahawa anda tidak pernah berjumpa dengan pasangan anda dan hanya ber'sms',ber'fb' dan bermacam2 lagi alasan,anda tetap berzina iaitu zina hati.kerana bohonglah jika anda katakan tidak pernah sekalipun anda teringatkan si dia mahupun membayangkan si dia.sebenarnya jalan menuju penzinaan sangat banyak.jangan biarkan diri kita melalui mana2 jalan penzinaan.

Firman Allah maksudnya : "Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya........Allah telah menyediakan mereka segala keampunan dan pahala yang besar.(al-Ahzab:35)

Maka bertaubatlah kerana Allah itu Maha Penerima Taubat.selagi pintu taubat terbuka selagi itu segala taubat(yang bersungguh2) akan diterima.insyaAllah.


Ingatlah bahawa yang haram tetap haram walau kita cuba dengan apa cara sekalipun untuk menghalalkannya.tidak halal perhubungan cinta antara muslimin dan muslimat sehingga adanya ijab dan qabul.peringatan bersama.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

/>
cintaku dan cintamu bersatu demi mengejar cintaNYA. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...