Saturday, April 30, 2011
Tiga Perkara....
Tuesday, April 26, 2011
Dilema....
Sunday, April 24, 2011
Jika Aku Jatuh Cinta...
Thursday, April 21, 2011
Coretan Buat Sahabat...
Sunday, April 17, 2011
Kisah Couple dan Babi
Friday, April 15, 2011
Hati
بسم الله الرحمن الرحيم
bermaksud hati yang bersih,suci dan bebas dari segala perkara yang menyebabkan terhalangnya manusia dari melaksanakan perintah Allah SWT.
Monday, April 4, 2011
Siapakah Anda??
Saturday, April 2, 2011
Nikah Khitbah Sebagai Satu Alternatif
Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan
1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini ,Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.
2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .
3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .
4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala Firman Allah swt yang bermaksud : dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
- Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
- Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
- Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
- Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
- Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
- Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
- Merendahkan hantaran perkahwinan
- Suami
- Isteri
- Wali
- Saksi
- Aqad [ Ijab Qabul ]
- Masih menuntut di kolej atau uniersiti
- Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
- Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Friday, April 1, 2011
Ada Apa Dengan April Fool?
بسم الله الرحمن الحيم
Akhirnya mereka berjaya dan Sepanyol jatuh ke dalam tangan pasukan tentera salib.setelah itu,mereka benar2 berlaku kejam tanpa perikemanusiaan terhadap umat Islam di Sepanyol.u
mat Islam tidak kira wanita,kanak2 atau orang tua semuanya ditindas habis-habisan.hampir keseluruhan daerah di Sepanyol telah ditakluki oleh tentera salib dan Granada merupakan daerah yang terakhir.di Granada terdapat ramai penduduk Islam yang masih bersembunyi di dalam rumah dan apabila pasukan tentera salib mengetahui akan hal ini,mereka mula memasang umpan bagi menarik perhatian umat Islam untuk keluar dari tempat persembunyian mereka.dengan lantangnya tentera salib menawarkan kapal2 kepada umat Islam untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol dalam keadaan yang selamat.
setelah proses pembujukan berjaya dilaksanakan,maka keluarlah umat Islam dari rumah masing2 dengan membawa harapan bahawa mereka akan selamat dari menjadi mangsa tentera salib.namun masih ada segelintir umat Islam yang tidak mempercayai dengan kata2 pasukan tentera salib,mereka terus bersembunyi di dalam rumah.setelah ribuan umat Islam berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera salib menggeledah rumah2 yang telah ditinggalkan dan rumah2 tersebut telah dibakar secara keseluruhannya bersama2 dengan umat Islam yang masih berada dalam rumah tersebut.
tidak terhenti disitu sahaja.tentera salib juga turut membakar kapal2 yang telah dijanjikannya kepada umat Islam untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol.ribuan umat Islam yang berada dipelabuhan tersebut berasa terkejut dan tidak mampu untuk berbuat apa2 lagi kerana mereka tidak mempunyai senjata.lalu tentera salib dengan segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.dengan satu teriakan dari pemimpinnya,ribuan tentera salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol dengan kejam tanpa ada belas kasihan lagi.jerit tangis tidak lagi dihiraukan apabila diri telah dikawal oleh syaitan.laungan takbir bergema disana sini.dengan rakus tentera salib terus memancung nyawa2 umat islam tidak kira kanak2,wanita mahupun orang tua.darah menggenang dimana2.laut yang pada mulanya biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman.maka syahidlah semua umat islam itu.
tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April dan inilah yang diingati oleh seluruh dunia kristian sebagai 'the april fool day'.
bagi umat Islam april fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan.hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera salib di Granada,Sepanyol.sebab itu,adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini.sebab dengan merayakan april fool,sesungguhnya orang2 Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut.siapa pun orang Islam yang turut merayakan april fool,maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada,Sepanyol.
april fool merupakan perayaan pembunuhan umat Islam...tidak layak dirayakan....