CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, January 10, 2012

Amanah Baru...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Allahuakbar....sekali lagi saya biarkan 'rumah' saya nie bersawang...sebulan tak menjenguk keadaan 'rumah' nie...

Bukan tak nak menjenguk langsung...tapi jujur saya katakan,masa saya terlalu padat..mungkin salah saya juga sebab tak pandai nak bahagikan masa dengan sebaiknya...huhu


Tahun 1433 H nie memberi seribu makna pada saya...sejak dari mulanya menjejaki tahun 1433H sehinggalah ke hari ini merupakan hari ke-17 dalam bulan kedua untuk tahun hijrah ini..

Bermula dengan penghijrahan yang dilakukan ke atas diri sehinggalah kepada amanah yang diberi..

"Kenapa pakai p**d**??"

Ramai dan memang agak ramai yang bertanyakan soalan ini..sehinggakan saya dah boleh hafal dan sebelum mereka sempat tanya lagi saya dah tahu apa soalan yang ingin ditanya...huhu

Kadang-kadang ada jugak timbul perasaan geram..yelah...kenapa mesti tanya sebab itu adalah hak individu..terpulanglah pada saya nak pakai ker...tak nak pakai ker...bukannya saya buka aurat...

Tapi cepat2 saya pujuk hati...biarlah mereka bertanya kerana lebih baik mereka bertanya daripada mereka menuduh/mencaci/menghina/mengutuk dengan melulu kan...sekurang-kurangnya mereka masih lagi mengambil berat akan diri ini...

Dan untuk soalan seperti di atas...hanya satu jawapan saya...

"Tiada siapa yang menyuruh dan memaksa saya...tapi Allah yang telah menggerakkan hati saya..jika kalian ingin tahu jawapannya..bertanyalah kepada Allah kenapa DIA menggerakkan hati saya...kerana saya tiada jawapan spesifik yang dapat diberi...dan saya tahu apapun jawapan saya...pasti akan ada yang persoalkannya..."

Biarlah apa orang nak kata..insyaAllah saya akan cuba untuk bertahan semampu yang boleh..apa yang penting bagi saya adalah keluarga..Alhamdulillah keluarga seakan2 boleh menerima perubahan saya ini..terima kasih Allah...terima kasih keluarga ku yang tercinta.i love u all so much..more then u all know(skipping pulekkk)..

AMANAH...bagi sesiapa yang mengerti mengenai apa itu amanah...pasti akan merasa berat untuk menggalasnya.memang tidak dinafikan bahawa amanah merupakan satu jalan untuk mendapatkan pahala dengan banyak..itu jika amanah itu ditunaikan dengan sebaik-baiknya.tapi, jangan kita lupa..amanah itu juga merupakan satu jalan yang boleh mencampakkan kita ke neraka dengan mudah andai ia tidak dilaksanakan dengan penuh dedikasi.

Masih saya ingat kata-kata seorang kakak yang bertanggungjawab membimbingku selama ini..
"Memikul amanah itu ibarat meletakkan kaki kita sebelah di neraka dan sebelah disyurga.andai amanah itu ditunaikan dengan sebaiknya,ke syurgalah kita.namun andai amanah itu diabaikan,maka ke nerakalah kita."

Pada saat diri ini diberitakan mengenai kemenangan yang berpihak kepada saya dalam pilihanraya kampus...saya terkaku.terkedu.tiada kata yang mampu dilafazkan.hanya air mata menjadi peneman pada malam itu.

Terima kasih kepada teman2 yang banyak memberi kata semangat dan nasihat..(agak malu sebab menangis-nangis dalam telefon..hehe)

Dan sehingga ke saat ini...diri ini seakan2 masih belum boleh menerima lagi keadaan ini...

Mungkin masih memerlukan lagi masa untuk menyesuaikan diri...

Saya juga masih dalam proses untuk membahagikan masa dengan sebaik2nya.kerana rutin saya kini telah bertukar dengan serta merta.

Tugas2 seorang setiausaha bukanlah mudah..namun bukanlah terlalu susah..

Untuk semester ini, saya juga harus menyiapkan sebuah skrip drama TV dan sebuah novel. juga bukanlah terlalu senang...namun bukan juga terlalu sukar.

Hanya saya minta pada Ya Wahhab,Maha Pemberi Kurnia agar mengurniakan saya kelapangan waktu untuk menjalankan amanah sebagai seorang penuntut ilmu disamping menjalankan amanah sebagai seorang pemimpin.Amin Ya Rabb...


Ini antara calon2 dari Jabatan saya yang bertanding...







Tetapi masih ada 2 orang lagi calon dari Jabatan kami yang bertanding..namun saya tiada poster soft copy mereka...

Di post yang lain saya akan upload gambar2 barisan MPP yang berjaya...

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

cintaku dan cintamu bersatu demi mengejar cintaNYA. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...