Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
SubhanAllah...ciptaanMU di alam semesta ini sungguh indah...tidak dapat aku bayangkan andai ini semua tiada..pasti terumbang ambing kami dalam kekalutan..

Alhamdulillah...pagi tadi dah beli tiket untuk ke perlis...dan akan berlepas tepat jam 10 pagi esok(macam berlepas flight aje..hehe).walaupun hati ini tersangatlah berat untuk tinggalkan rumah nie..tapi terpaksa juga pergi kerana janji sudah dilafazkan untuk ke sana.(itulh..sapa suruh berjanji kan)...insyaAllah semoga dengan kepergianku ini akan memberi manfaat kepada diri ini...dan semoga selamat pergi dan selamat kembali..mohon doa dari sahabat semua...

Petang tadi juga dapat bertanya khabar dan bercakap dengan seorang sahabat mengenai ttuuuuuuttt(rahsia)...memang berhajat nak call sahabat tu dari semalam lagi...tapi hari ini baru terlaksana...berbincang sedikit mengenai 'perkara' yang benar2 buat aku terkejut dan seperti tidak percaya dua hari lepas(tapi sampai sekarang masih terkejut).perbincangan kejap jer sebab kak sue waktu tu ada kat tapak program.insyaAllah ia akan disambung pada sem hadapan...semoga Allah bantu aku dalam membuat keputusan agar keputusanku ini tidak menyakitkan atau melukakan hati mana2 pihak..

Dan......mulai saat ini akan ku mulakan kajianku mengenai 'secebis kain diwajah'...kenapa saya nak buat kajian mengenai ini?????kerana hati ini tertarik mengenai perkara ini dan mungkin juga perlu sebagai persediaan awal agar ia dapat
dilaksanakan bukan kerana manusia tetapi kerana ALLAH SWT..buat sahabat2 juga,andai kalian mempunyai artikel yang berkaitan dengan niqab,sudi2kanlah untuk share dengan saya yea...semoga kita peroleh manfaat bersama.insyaAllah.
Oklah...sampai sini jer kot dulu...insyaAllah berjumpa lagi di entry yang lain...
p/s : mohon doa dari sahabat semua agar perjalanan ku esok berjalan dengan lancar dan selamat tiba di perlis...mohon doa juga agar saya peroleh ketenangan dan mampu membuat keputusan dengan waras..
Wassalam....



/>




No comments:
Post a Comment