بسم الله الرحمن الرحيم

Siapakah orang yang manis
senyumannya?
# ialah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia mengucapkan "inna lillahi wainna illaihi roji'uun".lalu sambil berkata "Ya Rabbi,aku redha dengan ketentuanMu ini",sambil tersenyum dengan senyuman yang indah..
Siapakah orang yang kaya?
# ialah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak pernah leka dengan kenikmatan dunia yang sementara.
Siapakah orang yang paling miskin?
# ialah orang tidak pernah puas dengan harta dan tidak pernah merasa cukup dengan kekayaan yang diperolehi.

Siapakah orang yang sibuk?
# ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya dan seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
# ialah orang yang mati dengan membawa segala amal-amal kebaikan sepanjang dia hidup sehingga kuburnya menjadi seluas saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
# ialah orang yang mati tanpa membawa amalan kebaikannya sehingga kubur menghimpitnya.
Siapakah orang yang rugi?
# ialah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal soleh.
Siapakah orang yang paling cantik?
# ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
# ialah orang-orang yang menghuni syurga kerana telah menggunakan akalnya sepanjang berada di dunia untuk menghindari seksaan api neraka.
Siapakah kita??di manakah kedudukan kita?

Selamat bersoal jawab dengan diri sendiri...(^_^)



/>




No comments:
Post a Comment