CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, April 1, 2011

Ada Apa Dengan April Fool?


بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah...hari ini merupakan hari ketiga saya dan sahabat2 seperjuangan(media islam) melakar idea-idea di atas kertas yang putih sehingga terbitnya lakaran-lakaran huruf yang akan menentukan pointer kami nanti...Allah sahaja yang Maha Mengetahui perasaan saya pada waktu ini..masih belum boleh menarik nafas lega kerana masih ada 3paper yang menanti daku dengan penuh pengharapan...Allahuakbar... semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya dengan sahabat2...

Pada awalnya tidak ada nawaitu pn dalam diri ini untuk jariku menari2 di atas papan kekunci lappy kesayanganku ini...tetapi disebabkan semalam lebih kurang dalam pukul 2pagi...sewaktu mata ini masih gigih berusaha melawan mengantuk demi untuk 'mengadap' teori2 yang harus dihafal... adalah seorang hamba Allah ini tiba2 menjerit padaku "kak aimi...april fooolll!!jangan lupa nnt kenakan org yea" Astaghfirullahal'azim....dalam hatiku ini terasa agak geram...tapi pada waktu itu tidak ada kemampuan untuk diri ini berkata2 kerana terlalu risau dengan paper yang bakal menjelma dalam masa beberapa jam jer lg...terpaksa dipendamkan sahaja...

Menyoroti sejarah disebalik april fool....

April fool berasal dari sebuah episod yang berlaku kepada umat Islam di Sepanyol pada tahun 1487 bersamaan 892H. rentetan dari tragedi itu,april fool mula diraikan dan diperkenalkan diseluruh dunia.Hampir 6 abad lamanya Islam bertapak di Sepanyol, akhirnya Islam tumbang setelah usaha gigih dari kaum kafir yang berada di sekeliling Sepanyol menemui jalan keluar.setelah beberapa kali usaha mereka pada sebelumnya menemui jalan buntu akhirnya mereka menemukan cara untuk menjatuhkan umat Islam iaitu dengan cara melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.pada peringkat permulaan,mereka mengirim alkohol dan roko secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol dan mereka juga memperkenalkan muzik2 agar proses pembujukan dapat dijalankan terhadap golongan muda mudi agar leka dengan nyanyian dan tarian sehingga melupakan al-Quran.bukan itu sahaja, mereka juga telah mengirim sejumlah ulama'-ulama' palsu dimana tugasnya adalah untuk memecah belahkan umat islam.


Akhirnya mereka berjaya dan Sepanyol jatuh ke dalam tangan pasukan tentera salib.setelah itu,mereka benar2 berlaku kejam tanpa perikemanusiaan terhadap umat Islam di Sepanyol.u

mat Islam tidak kira wanita,kanak2 atau orang tua semuanya ditindas habis-habisan.hampir keseluruhan daerah di Sepanyol telah ditakluki oleh tentera salib dan Granada merupakan daerah yang terakhir.di Granada terdapat ramai penduduk Islam yang masih bersembunyi di dalam rumah dan apabila pasukan tentera salib mengetahui akan hal ini,mereka mula memasang umpan bagi menarik perhatian umat Islam untuk keluar dari tempat persembunyian mereka.dengan lantangnya tentera salib menawarkan kapal2 kepada umat Islam untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol dalam keadaan yang selamat.


setelah proses pembujukan berjaya dilaksanakan,maka keluarlah umat Islam dari rumah masing2 dengan membawa harapan bahawa mereka akan selamat dari menjadi mangsa tentera salib.namun masih ada segelintir umat Islam yang tidak mempercayai dengan kata2 pasukan tentera salib,mereka terus bersembunyi di dalam rumah.setelah ribuan umat Islam berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera salib menggeledah rumah2 yang telah ditinggalkan dan rumah2 tersebut telah dibakar secara keseluruhannya bersama2 dengan umat Islam yang masih berada dalam rumah tersebut.


tidak terhenti disitu sahaja.tentera salib juga turut membakar kapal2 yang telah dijanjikannya kepada umat Islam untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol.ribuan umat Islam yang berada dipelabuhan tersebut berasa terkejut dan tidak mampu untuk berbuat apa2 lagi kerana mereka tidak mempunyai senjata.lalu tentera salib dengan segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.dengan satu teriakan dari pemimpinnya,ribuan tentera salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol dengan kejam tanpa ada belas kasihan lagi.jerit tangis tidak lagi dihiraukan apabila diri telah dikawal oleh syaitan.laungan takbir bergema disana sini.dengan rakus tentera salib terus memancung nyawa2 umat islam tidak kira kanak2,wanita mahupun orang tua.darah menggenang dimana2.laut yang pada mulanya biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman.maka syahidlah semua umat islam itu.


tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April dan inilah yang diingati oleh seluruh dunia kristian sebagai 'the april fool day'.


bagi umat Islam april fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan.hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera salib di Granada,Sepanyol.sebab itu,adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini.sebab dengan merayakan april fool,sesungguhnya orang2 Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut.siapa pun orang Islam yang turut merayakan april fool,maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada,Sepanyol.


april fool merupakan perayaan pembunuhan umat Islam...tidak layak dirayakan....

No comments:

Post a Comment

/>
cintaku dan cintamu bersatu demi mengejar cintaNYA. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...