Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam Maal Hijrah..Selamat Tahun Baru untuk semua umat Islam...
Alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia kita dan masih memberi peluang untuk kita menjenguk tahun baru Islam...
Lumrahnya bila masuk tahun baru brmakna umo kita pun semakin meningkat..dan umo kita juga semakin singkat..tak de lagi orang masuk tahun baru umo makin muda..
Jadi bila umo dah semakin meningkat dan makin singkat..adakah kita masih mahu berada ditakuk yang lame??masih mahu terus berenang dalam lautan maksiat??masih terus selesa berjalan di atas jalan dosa??masih merasa empuk bertilamkan titik2 hitam di hati??
Tepuk dada tanyalah iman..kerana iman akan berbicara dengan sebenar2nya bicara..iman juga akan memberitahu apa yang seharusnya kita lakukan..bukan tepuk dada tanya hati...kerana hati yg kotor dan diselaputi oleh hasutan2 syaitan pasti akan mengatakan sesuatu yang kotor juga dan berdasarkan bisikan syaitan juga..

Hijrah bukan sahaja berhijrah dari tempat A ke tempat B..tapi berhijrah dari kegelapan kepada cahaya..dari jahil kepada ilmu..dari maksiat kepada kebajikan..dari dosa kepada pahala..dari buruk kepada baik..dari sempit kepada lapang...dan banyak lagi skop yg kita boleh lakukan penghijrahan..
Tidak semesatinya kita perlu berhijrah secara total atau keseluruhan terus...berhijrah lah sedikit demi sedikit...klau tak pakai tudung..berhijrah kepada pakai tudung..klau pakai tudung tak tutup dada..berhijrah pakai tudung labuh sikit bagi tutup dada..kalau tak solat langsung..berhijrah kepada solat walaupun dapat 1waktu sehari je..yang penting kita berhijrah dan semakin hari semakin baik..hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...
Perubahan tak boleh terlalu drastik dan tak cukup hanya dengan 1hari untuk belajar semuanya...cuba bayangkan eikh...selama nie kita bergelumang dengan dosa bertahun2 lamenye..hati kita dah terbiasa berbuat maksiat..adakah dalam masa 1hari kita dapat trus berubah semuanya??pasti tidak...kerana kita perlu didik kembali hati kita itu untuk menerima cara hidup Islam..kita perlu basuh dan cuci sebersih2nya hati itu..jadi kita juga perlukan masa..namun itu bukan tiket untuk terus berbuat maksiat dan terus berada dalam kejahilan kerana masa itu tidak boleh ditunggu tapi perlu dicari..
Berhijrahlah sebelum terlambat...kerana andai telah terlambat...kita pasti akan menyesal namun sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak ada guna lagi...
Sama2lah kita berhijrah ke arah kebaikan sempena penghijrahan kepada tahun baru nie...tapi untuk berhijrah sebenarnya tidak perlu awal muharram...bila2 masa saje boleh berhijrah...tapi kita ambil ibrah dari peristiwa penghijrahan Rasulullah saw untuk dijadikan semangat dan titik tolak untuk kita melakukan penghijrahan...
Semoga kita sama2 peroleh manfaat...dan semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun semalam..
*Jangan lupa untuk baca doa akhir tahun dan awal tahun yeaa...
Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah...



/>




No comments:
Post a Comment