CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, May 21, 2011

Destinasi Kedua...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya, setiap pertemuan pasti ada perpisahannya dan setiap yang hidup pasti akan mati.begitulah kehidupan kita di dunia ini kerana dunia ini adalah persinggahan buat kita sebelum menuju ke negeri yang abadi.tidak kira di mana kita berada dan apa yang kita lakukan, ajal pasti akan datang jua.kita sering mengatakan tempat itu paling selamat buat kita,tetapi tidak ada yang mustahil bagi Allah kerana tidak ada satu tempat pun di atas muka bumi ini kita mampu sembunyi dari pengawasan DIA.seperti firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 78 yang bermaksud :
"Dimana saja kamu berada,kamu akan menemui maut,sekalipun kamu berada dalam mahligai yang kuat dan kukuh"

Dan ketahuilah juga bahawa maut tidak pernah terlewat atau terawal mahupun seminit...

Saya menyeru kepada semua sahabat2 saya agar kita sama2 dirikan solat hajat dan berdoa agar pelajar2 madrasah at-taqwa yang telah diberi ujian berupa bencana tanah runtuh berjaya ditemui dalam masa terdekat ini dan sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah buat penghuni2 rumah itu yang telah dijemput oleh Allah..

Itulah serba sedikit muqaddimah untuk post saya kali ini.malam ini mood untuk menaip datang lagi.dan untuk post kali ini saya akan menyambung rentetan dari post saya yang sebelum ini..kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya selama 3hari berada di P.O.A Kg.Pian,Jenderak,Temerloh Pahang.

Program ziarah dan ramah mesra bersama orang asli ini dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang(MUIP).Alhamdulillah Allah telah mengizinkan diri ini untuk menyertainya walaupun pada asalnya program ini hanya dibuka untuk pelajar2 Pahang sahaja.al maklumlah sekarang time cuti semester..susah kalau nak ajak pelajar2 luar dari Pahang.

Pelbagai pengalaman yang telah dikutip sepanjang 3hari berada di sana bermula dari 10 Mei hingga 12 Mei..walaupun program kali ini bukanlah program kali pertama saya sertai yang melibatkan perkampungan orang asli,tetapi pengalaman kali ini lebih indah dari sebelumnya dan betul2 meninggalkan kesan dalam diri ini.

Keindahan alam semula jadi di Kg.Pian benar2 membuatkan saya jatuh cinta dengannya.Udaranya yang segar,pemandangannya yang memukau mata membuatkan saya sedikit terlupa dengan segala masalah yang dihadapi lebih2 lagi masalah kesihatan pada waktu itu.berada di sana hilang terus sakit yang dirasai..subahanAllah..terlalu Agung ciptaanMU ya Allah. KekuasaanMU melebihi segala sesuatu.berada di sana membuatkan saya memanjatkan kesyukuran setinggi-tingginya kepada ALLAH SWT di atas kurniaanNYA telah mengizinkan saya untuk ke sana.

Pengalaman menziarahi masyarakat di sana juga meninggalkan seribu satu kenangan.ada yang sangat peramah sehinggakan memeluk saya dan mencium saya seperti mencium dan memeluk anak sendiri.ada juga yang sangat pemalu dan ada juga yang seperti tidak berapa menyenagi kehadiran kami semua.

Melalui ziarah ini juga saya telah mempelajari bagaimana caranya untuk kita menyampaikan Islam kepada mereka agar tidak nampak terlalu extreme sehingga boleh menakutkan mereka.terima kasih kepada Ustaz Zainal Abidin,ketua kumpulan ziarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan pada hari terakhir program tersebut,majlis pengislaman secara beramai2 telah diadakan dan menyaksikan seramai 25 orang saudara baru melafazkan kalimah syahadah buat pertama kali.berakhirnya program ini tidak bermakna berakhirnya tugas kami malah tugas kami semakin berat kerana telah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi didikan agama kepada mereka agar mereka tidak hanya Islam pada nama sahaja.insyaAllah jika diizinkan Allah akan saya kembali ke sana lagi..

Berada di sana membawa saya kepada satu kisah yang benar2 mencuit hati.kisah Pak Abu telah diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya dan saya telah diperkenalkan kepada Pak Abu dimana Pak Abu sebenarnya merupakan orang Islam dan bukanlah dari kalangan masyarakat orang asli.apa yang menariknya mengenai Pak Abu,dia sebenarnya seorang yang sangat tabah walaupun telah diuji oleh Allah dengan bermacam2 ujian.

Pak Abu sebenarnya terlalu ingin untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam,namun peluang itu tidak pernah ada.pada petang hari kedua berada di sana,saya dengan sahabat2 telah pergi ke rumahnya dan cuba menyelami serba sedikit mengenai masalah Pak Abu.dan seorang sahabat saya,telah mengajarnya membaca al-Fatihah dan telah menghadiahkan Pak Abu sebuah al-Quran yang mempunyai terjemahannya.semoga dengan pemberian itu mampu membuka pintu hati Pak Abu untuk terus mengenali Islam dan mampu membimbing keluarganya ke arah kehidupan Islam dan seterusnya mengubah nasib keluarganya.

Dan buat sahabatku itu,saya sangat mengagumi method dakwah yang telah digunakan olehnya dan telah mengajar saya salah satu lagi cara untuk memikat hati mad'u agar tertarik dengan Islam.semoga balasan syurga buatmu.

Ingatan saya sentiasa kepada 3orang anak kecil di sana yang telah saya anggap seperti anak saya dan ketiga-tiga mereka mempunyai perwatakan yang berbeza.syakira,vivien dan rozita sentiasa dalam ingatan.syakira seorang yang sangat pemalu,rozita seorang yang pendiam dan vivien seorang anak yang aktif dan banyak cakap.keletah mereka terutama vivien benar2 menghiburkan hati.masih saya ingat di saat baru pulang dari menziarahi penduduk2 Kg.Pian,kami meluangkan masa beramah mesra bersama dengan penduduk2 yang hadir di dewan tempat kami berkampung kerana kami merupakan kumpulan terawal yang selesai aktiviti ziarah dan pada waktu itu,anak2 baru sahaja habis sesi persekolahan mereka di taska yang berdekatan.

Apabila tiba waktu makan tengah hari dan sewaktu saya mengajak 3orang anak2 saya itu untuk makan,mereka meminta saya untuk menyuap mereka.pada waktu itu,jauh disudut hati ini sangat tersentuh dengan permintaan mereka kerana terasa seperti diri ini sangat dihargai oleh mereka.saya menyuap mereka dengan penuh kasih dan sayang dan disetiap suapan itu,saya sertakan dengan doa semoga suatu hari nanti mereka bertiga akan memilih Islam sebagai pegangan mereka dan mengamalkan kehidupan Islam 100% dan seterusnya mampu berdakwah kepada ganerasi akan datang.Amin ya Rabb.

Itulah harapan dan doa saya buat mereka bertiga.semoga doa saya itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT.pada keesokan harinya,berkali2 vivien datang mencari saya,tapi saya tidak dapat menemaninya kerana pada waktu itu kami muslimat KIPSAS diminta menyiapkan meja makan vip.dan pada akhirnya dia pulang tanpa sempat saya berjumpa dengannya...Allahuakbar...saya benar2 sedih kerana terasa seperti saya telah mengecewakan hati anak kecil..terasa berdosanya saya.semoga Allah mengampunkan dosa saya.

Pulangnya saya dengan membawa 1001 kenangan manis dan pengalaman yang sangat berharga.insyaAllah ia akan sentiasa tersemat disanubariku sampai bila2...

Segala ilmu yang dikutip sepanjang berada di sana juga akan cuba dipraktikkan...insyaAllah.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan terus memberi hidayah kepada penduduk2 Kg.Pian dan kita semua.amin ya Rabb.....

Kerja-kerja dakwah tidak akan pernah terhenti selagi nyawa dikandung badan.dan apa yang penting ikhlaskan hati semata-mata kerana Allah..dengan itu,segala kerja dakwah yang dilakukan pasti akan meninggalkan impak yang positive dalam diri kita mahupun diri orang lain.untuk berdakwah juga kita harus mempunyai strategi tersendiri dalam memikat hati mad'u..jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh.

Sedikit gambar yang dapat dikongsikan sepanjang berada di sana...


































"Dari Allah,kepada Allah dan bersama Allah"

2 comments:

  1. assalam...semoga masih ad lagi peluang untuk kita sama2 berdakwah dijalan-Nya...:)

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam...insyaAllah (^__^)

    ReplyDelete

/>
cintaku dan cintamu bersatu demi mengejar cintaNYA. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...